Home Ekonomi Pertumbuhan KDNK Malaysia Dijangka Cecah 6.0 Peratus — Bank Islam
Ekonomi

Pertumbuhan KDNK Malaysia Dijangka Cecah 6.0 Peratus — Bank Islam

Pertumbuhan KDNK Malaysia Dijangka Cecah 6.0 Peratus — Bank Islam

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Livevartha) — Bank Islam Malaysia Bhdmenjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan mencecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024, melepasi anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) iaitu sebanyak 5.8 peratus.

Bagaimanapun, bank itu mengekalkan unjuran pertumbuhan 2024pada 4.7 peratus, selepas mengambil kira risiko penurunan daripada jangkaan yang mungkin timbul akibat perkembangan global.

“Secara keseluruhan, penggunaan swasta telah menjadi pemacu utama pertumbuhan positif pada suku kedua, disokong oleh kestabilan pasaran buruh, dengan kadar pengangguran kekal mantap pada tahap pra-pandemik sebanyak 3.3 peratus,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Ekonomi Malaysia berkembang 4.2 peratus dari tahun ke tahun menjelang suku pertama 2024, yang bermakna pengembangan 6.0 peratus pada suku kedua akan mencerminkan pecutan pertumbuhan.

Bank Islam berkata perbelanjaan dirangsang lagi oleh peningkatan dalam pelancongan, selepas negara menyaksikan kedatangan 9.5 juta pelancong asing dalam tempoh lima bulan pertama 2024 berbanding hanya 7.5 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini, naik lebih 25 peratus.

“Walaupun jangkaan penggunaan swasta akan menjadi sederhana akibat rasionalisasi subsidi, perbelanjaan pertumbuhan telah dikekalkan oleh pemindahan tunai kerajaan, pengeluaran daripada Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjadan permintaan perayaan,” katanya.

Sektor pembinaan dijangka terus berkembang, disokong oleh momentum pelaburan yang agak mantap.

“Anggaran rasmi menunjukkan satu lagi pertumbuhan dua angka bagi suku kedua2024 pada 17.2 peratus dan kami melihat bahawa sektor tersebut akan memberikan prestasi yang kukuh akan datang," tambahnya lagi.

Menurut DoSM, nilai kerja yang dilakukan dalam sektor pembinaan melonjak 20.2 peratus dari tahun ke tahun pada suku kedua 2024 disebabkan projek pelaburan yang direalisasikan selain pelancaran pelbagai projek pembangunan infrastruktur seperti Sistem Transit Rapid antara Johor Bahru dan Singapura.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...