Home Ekonomi Pertumbuhan Ekonomi Suku Kedua Atasi Jangkaan, Cerminkan Keyakinan Pelabur Terhadap Potensi Negara
Ekonomi

Pertumbuhan Ekonomi Suku Kedua Atasi Jangkaan, Cerminkan Keyakinan Pelabur Terhadap Potensi Negara

Pertumbuhan Ekonomi Suku Kedua Atasi Jangkaan, Cerminkan Keyakinan Pelabur Terhadap Potensi Negara

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (kiri) bercakap pada forum \’Ask Minister Anything\’ sempena Program MADANI Rakyat Zon Selatan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), hari ini.

JOHOR BAHRU,17 Ogos (Livevartha) — Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku kedua yang mencatatkan 5.9 peratus dan mengatasi jangkaanitu, mencerminkan keyakinan pelaburluar terhadap potensi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata ini sekali gus menunjukkan dasardan naratif pertumbuhan ekonomi yang diperkenalkan di seluruh dunia selama ini diterima baik.

Justeru, katanya kerajaan perlu meneruskan momentum pertumbuhan tersebut dengan mempergiatkan lagi usaha menarik pelabur seterusnya mengekalkan keyakinan dan pandangan positif antarabangsa kepada pasaran Malaysia.

“Oleh itu, cabarannya sekarang dan yang diberi tumpuan oleh kerajaan ialah memastikan bukan sahaja naratif dan dasar itu menarik untuk pelaburan dan pertumbuhan tetapi juga menterjemahkan(pelaburan) itudengan segera serta menyediakan semua yang diperlukan. Itu perlu dibuat dengan segera dan teratur.

“(Kemudian) barulah momentum (pertumbuhan) itu dapat diteruskan. Jika ini berlaku, kita akan terus dilihat sebagai destinasi pelaburan yang baik di rantau ini dan di dunia,”katanyakepada pemberita selepas sesi 'Ask Minister Anything bersama Menteri Ekonomi' sempena Program MADANI Rakyat Zon Selatan 2024 di Dataran UTMdi sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pengumuman kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku kedua yang melebihi unjuran awal 5.8 peratus semalam.

Sebagai antara strategi untuk mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi yang positif, Rafizi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan Kerangka Memudah Cara Perniagaan, yang turut menyentuh mengenaikecekapan khidmat kerajaan dalam memudahkan perniagaan.

Beliau berkata kementeriannya mengambil masa setahun untuk menyiapkan kerangka tersebut yang kini berada di peringkat akhir.

Anwar dijangka melancarkan kerangka itu pada 4 Oktober ini.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...