Home Ekonomi Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Mampu Melebihi Sasaran 5.0 Peratus Pada 2024 – MIER
Ekonomi

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Mampu Melebihi Sasaran 5.0 Peratus Pada 2024 – MIER

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Mampu Melebihi Sasaran 5.0 Peratus Pada 2024 – MIER

KUALA LUMPUR, 22 Ogos(Livevartha) — Malaysia akanmencatat pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, mencapai sasaran 5.0 peratus atau lebih pada 2024, menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

Dalam semakan ekonomi bulanannya untuk Julai 2024, MIER berkata pertumbuhan itu akan didorong oleh kestabilan politik, asas-asas makro, aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan yang direalisasikan.

Selain itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang berkembang juga akan dirangsang oleh pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan, disokong oleh permintaan domestik dan ketibaan pelancong; pembinaan dan infrastruktur; eksport; pendapatan korporat yang sihat; pasaran buruh; ringgit yang lebih kukuhdan pembaharuan serta inisiatif di bawah pelan-pelan induk negara.

“Permintaan dalam negeri pada 2024 diunjurberkembang sekitar 6.0 peratus tahun ke tahun (y-o-y), disokong oleh perbelanjaan swasta (6.1 peratus) dan perbelanjaan awam (5.7 peratus), manakala eksport dijangka berkembang pada 8.0 peratus tahun ke tahun.

“Pertumbuhan ekonomi juga akan disokong oleh sektor perkhidmatan (5.3 peratus), pembuatan (4.1 peratus), pembinaan (12.8 peratus), pertanian (3.7 peratus) dan perlombongan (2.8 peratus),” katanya.

MIER berkata dalam hal ini kos pinjaman juga harus kekal stabil, sambil menambah kadar dasar semalaman (OPR) dijangka kekal pada 3.0 peratus sepanjang 2024.

Ia berkata Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memberi tumpuan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi sambil berwaspada terhadap inflasi.

"Walaupun inflasi stabil pada separuh pertama 2024, ia boleh meningkat pada separuh kedua 2024 yang berpuncadaripada kejutan domestik dan luaran, tetapi ia sepatutnya kekal pada tahap yang boleh diurus," katanya.

MIER juga menyatakan minat pelabur asing terhadap ekuiti tempatan telah meningkat, sambil menambah momentum itu dijangka berterusan pada separuh kedua 2024 dan mungkin berlanjutan sehingga 2025.

Related Articles

Malaysia mendahului IPO di ASEAN
Ekonomi

Malaysia mendahului IPO di ASEAN

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (kanan) dan Fad’l Mohamed...

Synvista labur AS juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor
Ekonomi

Synvista labur AS$50 juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor

PETER Phang ketika ditemui pemberita selepas SynVista Energy Storage Full Lifecycle Summit...

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j
Ekonomi

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j

SHAHARRUDY Othman (tengah) ketika merasmikan Pelancaran Pelaksanaan e-Invois bagi Pembayar Cukai Fasa...

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 
Ekonomi

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 

REDZA Rafiq Abdul Razak (kiri) bersama PHILIPPE Marcel H. Droesbeke (dua dari...