Home Ekonomi Persidangan Pengurus TEKUN fokus hala tuju, pelan tindakan strategik 2025
Ekonomi

Persidangan Pengurus TEKUN fokus hala tuju, pelan tindakan strategik 2025

BANGI, 5 Mei – Persidangan tiga hari Pengurus TEKUN Seluruh Malaysia 2025 jadi platform utama bagi penyampaian mandat, hala tuju serta pelan tindakan strategik TEKUN tahun ini.

Persidangan disertai 279 peserta itu bertujuan memperkukuh jaringan pengurusan, membincangkan cabaran semasa serta menyemai budaya kerja berprestasi tinggi dalam kalangan pemimpin organisasi.

Sehingga Mac 2025, TEKUN telah menyalurkan 10.28 bilion ringgit pembiayaan kepada 598,517 usahawan seluruh negara.

Pencapaian itu bukan sahaja mencerminkan kekuatan angka, tetapi turut memberi impak besar terhadap pembangunan komuniti, penciptaan pekerjaan dan kemajuan ekonomi setempat.

Perasmian persidangan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, yang juga Pengerusi Lembaga Amanah TEKUN Nasional.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka tinggi didorong sentimen positif, spekulasi perjanjian perdagangan

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, disokong oleh...

Ekonomi

Sarawak dan Airbus jalin kerjasama strategik, enam bidang utama dipersetujui

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak KUCHING, 6 Mei – Kerajaan Sarawak mengorak...

Ekonomi

Ahli ekonomi turunkan unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia kepada 4.5 peratus, yakin daya tahan ekonomi

Ahli ekonomi tidak menolak kemungkinan tarif 24 peratus yang dikenakan ke atas...

Rundingan tarif bukti kerajaan komited tangani cabaran perdagangan
Ekonomi

Rundingan tarif bukti kerajaan komited tangani cabaran perdagangan

MALAYSIA yang merupakan salah satu negara pengeluar dan pengeksport utama dalam industri...