Home Ekonomi Persidangan Bateri ASEAN Ke-2 Pupuk Kerjasama, Perkongsian Ilmu
Ekonomi

Persidangan Bateri ASEAN Ke-2 Pupuk Kerjasama, Perkongsian Ilmu

Persidangan Bateri ASEAN Ke-2 Pupuk Kerjasama, Perkongsian Ilmu

Kredit : ABTC

Kredit : ABTC

SINGAPURA, 21 Ogos (Livevartha) –Persidangan Teknologi Bateri ASEAN (ABTC) kali keduabermula hari ini di Sentosa bertujuan memupuk pertukaran pengetahuan serta kerjasama masa depan dalam kalangan pemain industri dan pakar teknologi bateri di rantau ini.

Acara tiga hari anjuran Konsortium Bateri Singapura dengan kerjasama NanoMalaysia Bhd, Persatuan Teknologi Penyimpanan Tenaga Thailand (TESTA), Institut Penyelidikan Bateri Nasional dan Pusat Nasional Teknologi Pengangkutan Lestari Indonesia serta Persatuan Kenderaan Elektrik Filipina.

Bertemakan “Memperkasa ASEAN, Menginovasi Masa Depan Bateri,” ABTC tahun ini telah menarik lebih 320 peserta dari 16 negara dan menampilkan perbincangan mengenai peraturan keselamatan bateri, teknologi sel ke pek termasuk strategi kitar semula di seluruh ASEAN, antara lain.

Timbalan Ketua Eksekutif (Teknologi) Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura, Lam Wee Shann berkata semasa ucapan pembukaannya,persidangan itu diadakan tepat pada masa iaitu ketika Singapura berusaha ke arah pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

“Bateri adalah komponen kenderaan elektrik (EV) yang paling mahal tetapi ia juga merupakan komponen yang digunakan dalam banyak aplikasi dan sektor lain selain pengangkutan darat.

“Pada akhirnya, kami juga sangat berminat untuk melihat bagaimana kami boleh bekerjasama dengan industri,” katanya.

Pengerusi BersamaABTC dan Presiden TESTA, Dr Pimpa Limthongkul berkata persidangan itu menghimpunkan pemegang kepentingan utama dalam pembangunan teknologi bateri di rantau ini bagi menyelaraskan selain terus bekerjasama ke arah membina ekosistem tenaga yang kukuh.

“Pembangunan teknologi bateri mampan di Asia Tenggara adalah penting untuk keselamatan tenaga jangka panjang di rantau ini. Dengan mengutamakan kemampanan, kami bukan sahaja memacu inovasi tetapi juga memastikan kemajuan kami menyumbang kepada persekitaran planet yang lebih sihat,” katanya dalam satu kenyataan.

Persidangan Teknologi Bateri dan Kenderaan Elektrik ASEAN Pertama di Bali, Indonesia, tahun lepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara enam persatuan serta organisasi terkemuka di rantau ini, termasuk NanoMalaysia, untuk meneroka kerjasama penyelidikan dan pembangunan.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...