Home Ekonomi Perodua catat rekod jualan tertinggi 2024
Ekonomi

Perodua catat rekod jualan tertinggi 2024

Perodua mencatatkan rekod pendaftaran tertinggi dengan jualan sebanyak 358,102 unit kenderaan bagi tahun 2024 / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 7 Januari – Perodua mencatatkan rekod pendaftaran tertinggi dengan jualan sebanyak 358,102 unit kenderaan bagi tahun 2024, meningkat 8.4 peratus berbanding 330,325 unit yang direkodkan pada tahun 2023.

Dalam satu kenyataan, syarikat pengeluar kenderaan itu turut memaklumkan ia menghasilkan 368,100 unit kenderaan sepanjang tahun 2024.

Jumlah tersebut merupakan pengeluaran tertinggi dalam sejarah 30 tahun operasinya, dengan peningkatan sebanyak 7.2 peratus berbanding 343,400 unit yang dikeluarkan pada tahun 2023.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad menyifatkan pencapaian itu sebagai bukti potensi sebenar syarikatnya serta penanda aras penting bagi industri automotif negara.

“Untuk tahun ini, kami optimis dengan peluang baharu yang akan muncul, walaupun perlu bersedia menghadapi cabaran serta persaingan daripada jenama automotif baharu di pasaran,” katanya.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....