Saturday , 22 February 2025
Home Ekonomi Perniagaan Optimis Terhadap Prospek Malaysia: Kajian UOB
Ekonomi

Perniagaan Optimis Terhadap Prospek Malaysia: Kajian UOB

Perniagaan Optimis Terhadap Prospek Malaysia: Kajian UOB

Ng Wei Wei (Kredit: UOB)

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Livevartha) — Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perusahaan besar di Malaysia dan luar negara optimis mengenai landskap dan prospek perniagaan negara, menurut Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024.

Kajian tahunan ini mendedahkan Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam kalangan syarikat Asean dan Greater China yang ingin mengembangkan perniagaan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia Ng Wei Wei berkata kajian itu menunjukkan perniagaan tempatan sedang bersiap sedia untuk tempoh pertumbuhan berikutan keyakinan terhadap potensi ekonomi Malaysia manakala perniagaan luar negara ingin berkembang ke negara ini.

“Ini disebabkan oleh asas ekonomi yang kukuh dan daya tarikan negara sebagai hab perniagaan serantau didorong oleh strategi China+1, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura yang akan datang.

“Selain itu, ia disumbangkan peningkatan permintaan industri semikonduktor global, dan pertambahan amalan kemampanan dalam kalangan perniagaan dan negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata UOB Malaysia kekal komited untuk memanfaatkan rangkaian serantaunya yang luas, kepakaran sektor yang kukuh, dan pengetahuan pasaran tempatan bagi menyokong pertumbuhan perniagaan tempatan selain mempermudah lebih banyak pelaburan langsung asing dan perdagangan ke dalam negara.

Kajian tahunan ini yang kini memasuki tahun kelima telah membuat tinjauan melibatkan lebih 4,000 PKS serta perusahaan besar merentas tujuh pasaran, termasuk lebih 500 perniagaan Malaysia.

Tinjauan ini dijalankan untuk memahami prospek perniagaan dan jangkaan utama PKS dan perusahaan besar di Malaysia, Hong Kong, Indonesia, China, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Antara hasil dapatan utama tinjauan itu adalah; lebih tujuh daripada 10 perniagaan Malaysia bersikap positif mengenai persekitaran perniagaan semasa, dengan 76 peratus menjangka prestasi perniagaan bertambah baik tahun ini.

Related Articles

Untung bersih PCG jatuh kepada RM1.17b pada 2024
Ekonomi

Untung bersih PCG jatuh kepada RM1.17b pada 2024

PETRONAS ChemicalsPETALING JAYA: Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) melaporkan penurunan untung bersih...

Ringgit dijangka berada pada RM4.36 minggu hadapan 
Ekonomi

Ringgit dijangka berada pada RM4.36 minggu hadapan 

RINGGIT ditutup positif pada 4.4150/4200 berbanding dolar AS pada sesi dagangan akhir...

MISC catat kerugian bersih RM446.2 juta pada suku keempat
Ekonomi

MISC catat kerugian bersih RM446.2 juta pada suku keempat

MISC mencatatkan kerugian bersih pada suku keempat berikutan hasil yang lebih rendah...

Ekonomi

UM, Basis Bay jalin kerjasama tawar Sijil Asasi Pusat Data

Foto RTMPETALING JAYA, 21 Februari – Universiti Malaya (UM) dan syarikat teknologi...