Home Ekonomi Permintaan tenaga buruh tertinggi suku ketiga 2024 – DOSM
Ekonomi

Permintaan tenaga buruh tertinggi suku ketiga 2024 – DOSM

Dr Mohd Uzir Mahidin

PUTRAJAYA, 14 November- Permintaan tenaga buruh pada suku ketiga tahun ini mencatatkan bilangan tertinggi sejak kali terakhir direkodkan pada 2018, iaitu dengan penawaran sebanyak 9.01 juta jawatan, menurut Statistik Guna Tenaga Suku Tahun Ketiga 2024.

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berterusan jumlah jawatan sebanyak 1.2 peratus tahun ke tahun.

\”Perkara ini selari dengan kadar pengangguran perlahan sebanyak 3.2 peratus seperti yang dilaporkan dalam Statistik Tenaga Buruh Suku Tahun Ketiga 2024.

\”Statistik yang diterbitkan dalam laporan ini berdasarkan Survei Guna Tenaga yang dilaksanakan terhadap syarikat perniagaan berdaftar dalam sektor swasta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata laporan itu turut menunjukkan bilangan jawatan diisi meningkat sebanyak 1.2 peratus dengan mencapai 8.82 juta jawatan berbanding 8.71 juta bagi tempoh sama pada 2023.

Mohd Uzir berkata trend peningkatan yang konsisten bagi bilangan jawatan diisi itu menggambarkan perkembangan yang berterusan dalam ekonomi semasa.

\”Kestabilan ini juga digambarkan dengan pertumbuhan positif tahun ke tahun jawatan diisi bagi semua sektor ekonomi,\” katanya.

Memperincikan jawatan diisi, beliau berkata sektor pertanian mencatatkan pertumbuhan tertinggi pada kadar 1.8 peratus diikuti sektor perkhidmatan sebanyak 1.6 peratus dan sektor pembuatan sebanyak 1.0 peratus.

Beliau berkata sektor perkhidmatan mendahului dengan 4.65 juta jawatan diikuti sektor pembuatan sebanyak 2.38 juta jawatan dan sektor pembinaan sejumlah 1.24 juta jawatan.

Mengenai kekosongan jawatan yang ditawarkan, Mohd Uzir berkata terdapat 191,800 kekosongan jawatan ditawarkan dalam sektor ekonomi pada suku tahun ini, dengan peningkatan sebanyak 0.4 peratus berbanding 190,900 kekosongan jawatan pada suku tahun ketiga 2023.

Mohd Uzir berkata laporan itu juga menunjukkan Malaysia merekodkan 31,800 jawatan baharu untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pelbagai sektor ekonomi, namun menurun sedikit berbanding 32,000 kekosongan jawatan pada suku yang sama tahun lepas.

Beliau berkata terdapat peningkatan sebanyak 2.9 peratus dalam bilangan penduduk bekerja dengan kenaikan sebanyak 1.7 peratus tahun ke tahun dalam sektor perkhidmatan, dan menyifatkan situasi itu selari dengan perkembangan aktiviti ekonomi yang mendorong kepada momentum positif itu.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....