Home Ekonomi Permintaan profesional kewangan Islam meningkat di peringkat global
Ekonomi

Permintaan profesional kewangan Islam meningkat di peringkat global

Permintaan global terhadap profesional kewangan Islam mahir terus meningkat seiring pertumbuhan pesat dan cabaran baharu dalam industri / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 27 November – Permintaan global terhadap profesional kewangan Islam mahir terus meningkat seiring pertumbuhan pesat dan cabaran baharu dalam industri.

Institut Profesional Kewangan Islam Bertauliah (CIIF) berpandangan keperluan itu didorong oleh tekanan inflasi, perubahan sektor perbankan, serta kemajuan teknologi dan pendigitalan.

Kemasukan tenaga kerja baharu juga penting untuk memenuhi keperluan penyelesaian kewangan beretika dan mampan yang ditawarkan kewangan Islam.

Tahun lalu, jumlah aset dalam Industri Perkhidmatan Kewangan Islam Global mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak empat peratus, mencapai AS$3.38 trilion.

CIIF, yang ditubuhkan pada 2015, terus komited melahirkan lebih ramai profesional kewangan Islam. Terbaharu, seramai 100 individu telah dianugerahkan Ahli Bertauliah dalam Majlis Penganugerahan Ke-3 CIIF.

Setakat ini, CIIF mempunyai 1,541 ahli di seluruh dunia, menjadikannya badan profesional utama untuk pengamal bertauliah dalam industri kewangan Islam.

CIIF percaya tenaga kerja baharu yang berkemahiran tinggi akan terus memacu kemajuan industri kewangan Islam, selari dengan keperluan global yang semakin mencabar.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....