Home Ekonomi Permintaan Jentera Berat Dalam Perlombongan, Pembinaan Meningkat Dengan Pesat – MBAM
Ekonomi

Permintaan Jentera Berat Dalam Perlombongan, Pembinaan Meningkat Dengan Pesat – MBAM

Permintaan Jentera Berat Dalam Perlombongan, Pembinaan Meningkat Dengan Pesat – MBAM

Datuk Astaman Abdul Aziz (Gambar fail)

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Livevartha) — Permintaan terhadap jentera berat dalam pembinaan dan perlombongan dijangka melonjak dengan pesatpada masa depan, didorong oleh projek infrastruktur, peluasan bandar serta keperluan untuk mengekstrak dan menggunakan sumber dengan lebih cekap.

Setiausaha Agung Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) Datuk Astaman Abdul Aziz berkata bagaimanapun, lonjakan permintaan itu mesti diurus dengan penuh tanggungjawab serta kesedaran tinggi mengenai kesan alam sekitar dan sosial.

“Penggunaan jentera berat dalam kedua-dua sektor ini sedang mengalami perubahan ketara. Kemunculan teknologi digital, daripada Internet Pelbagai Benda (IoT) sehingga kecerdasan buatan (AI), merevolusikan cara kita beroperasi,” katanya pada Forum Jentera Pembinaan dan Perlombongan Asia Tenggara 2024 di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata rantau Asia Tenggara, yang dikurniakan kekayaan sumber semula jadidan dipacu semangat pertumbuhan, sedang mengalami gelombang perindustrian yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Sektor pembinaan dan perlombongan berada di tengah-tengah transformasi ini, berfungsi sebagai tonggak bagi kemakmuran ekonomi kita yang dibina. Sektor ini bukan sekadar penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) malah juga enjin pembangunan infrastruktur, perbandaran dan daya tahan ekonomi,” katanya.

Astaman berkata dalam era yang ditakrifkan oleh kemajuan teknologi yang pesat dan evolusi dinamik global, industri mempunyai peluang yang luar biasa dan menghadapi cabaran hebat.

“Automasi dan jentera pintar semakin meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan menambah baik standard keselamatan di tapak pembinaan dan operasi perlombongan,” katanya.

Beliau berkata inovasi ini bukan sahaja pilihan malah juga penting untuk kekal berdaya saing dalam pasaran global yang menuntut produktiviti yang lebih tinggi dan jejak alam sekitar lebih rendah.

Lebih-lebih lagi apabila kesan ekonomi daripada industri ini tidak boleh dipandang ringan, katanya.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...