Home Ekonomi Perkenal semula skim HOC untuk pembeli rumah pertama – Pemaju hartanah
Ekonomi

Perkenal semula skim HOC untuk pembeli rumah pertama – Pemaju hartanah

Perkenal semula skim HOC untuk pembeli rumah pertama – Pemaju hartanah

GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Pemaju hartanah berharap kerajaan dapat memperkenalkan semula Kempen Pemilikan Rumah (HOC) untuk pembeli rumah pertama dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan esok.

HOC adalah inisiatif kerajaan yang dirancang untuk menyokong pembeli rumah yang ingin membeli hartanah.

Ketua Pegawai Eksekutif Matrix Concepts Holdings Berhad, Chai Keng Wai berkata, pada masa yang sama, HOC mendorong penjualan hartanah yang tak terjual dalam pasaran perumahan Malaysia.

“Hal ini perlu agar pemaju boleh menyediakan tender pembinaan rumah mampu milik kepada kontraktor yang berkelayakan.

“Disamping itu, kerajaan dapat memperkenalkan insentif untuk projek perumahan yang menggunakan teknologi hijau dan mesra alam serta pengurangan cukai untuk pembeli rumah sekali gus mengurangkan cukai atau yuran pemilikan bagi memudahkan pembeli mendapatkan rumah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Menurut Keng Wai, kerajaan juga perlu memperkenalkan subsidi untuk pembeli rumah dalam kategori harga mampu milik. 

“Kerajaan juga boleh membangunkan perumahan bersepadu untuk mewujudkan kawasan perumahan yang dilengkapi dengan kemudahan asas dan infrastruktur yang baik. 

“Ini sekali gus menggalakkan pembeli memperoleh rumah yang dilengkapi di kawasan sekitar,” katanya. 

Turut berpandangan yang sama, Timbalan Ketua Operasi MK Land, Nazri Tumin berkata, kerajaan diharap mengaktifkan semula HOC dilaksanakan pada tahun 2021.

Hal ini kerana, HOC telah memberikan manfaat besar kepada golongan muda dan pembeli rumah kali pertama. 

“Kempen ini menawarkan pelbagai pakej menarik, termasuk pengecualian duti setem, insentif kewangan, dan pengurangan kos pembelian seperti kos guaman. 

“Selain itu, kempen ini juga memudahkan proses perancangan dan kelulusan. Dalam pada itu, terdapat insentif lama seperti MyDeposit yang membantu pembeli rumah membayar wang pendahuluan. Insentif ini boleh diaktifkan bersama-sama HOC untuk memberikan sokongan tambahan kepada pembeli rumah kali pertama,” katanya. 

Jelas beliau, kerajaan digalakkan untuk memperluaskan bantuan kepada pembeli rumah pertama melalui skim sewa beli (RTO), pelepasan cukai dan subsidi kerajaan untuk bayaran pendahuluan. 

“Walaupun skim seperti RTO sudah sedia ada di pasaran, kebanyakan institusi kewangan masih lebih cenderung menawarkan pinjaman perumahan tradisional. Ini disebabkan oleh risiko kewangan yang lebih tinggi serta margin keuntungan yang dianggap rendah. 

“Oleh itu, perlu ada langkah untuk menambah baik skim RTO dengan mengambil kira risiko dan menyediakan kaedah mitigasi yang lebih berkesan, supaya lebih banyak bank berminat untuk menawarkannya,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Ketegangan Iran-Israel dorong lonjakan harga emas global
Ekonomi

Ketegangan Iran-Israel dorong lonjakan harga emas global

KEDAI emas.-GAMBAR HIASAN.PETALING JAYA: Ketegangan geopolitik antara Iran dan Israel baru-baru ini...

Indian Motorcycle kembali dengan harga mampu milik
Ekonomi

Indian Motorcycle kembali dengan harga mampu milik

LAI Wai Keat bersama model Scout Bobber yang ditawarkan pada harga RM89,000...

SST: Bank jamin perkhidmatan perbankan asas tidak terjejas 
Ekonomi

SST: Bank jamin perkhidmatan perbankan asas tidak terjejas 

MESIN ATM-GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) meyakinkan orang ramai...

Proton, Grab terus perkukuh kepada komuniti e-hailing
Ekonomi

Proton, Grab terus perkukuh kepada komuniti e-hailing

TIMBALAN Ketua Pegawai Eksekutif Proton EDAR, Zhang Qiang (kanan) bertukar dokumen dengan...