Home Ekonomi Perkenal inisiatif untuk tingkatkan pemilikan rumah pertama – MK Land
Ekonomi

Perkenal inisiatif untuk tingkatkan pemilikan rumah pertama – MK Land

Perkenal inisiatif untuk tingkatkan pemilikan rumah pertama – MK Land

NAZRI TUMIN

PETALING JAYA: MK Land Holdings Berhad (MK Land) mencadangkan beberapa inisiatif baharu perlu diperkenalkan dan diperhalusi seperti skim sewa beli (RTO), pelepasan cukai dan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) dalam Belanjawan 2025 bagi meningkatkan pemilikan rumah terutamanya pemilik pertama.

Timbalan Ketua Pegawai Operasinya, Nazri Tumin berkata, walaupun skim RTO sudah sedia ada di pasaran, kebanyakan institusi kewangan masih lebih cenderung menawarkan pinjaman perumahan tradisional. 

Katanya, ini disebabkan oleh risiko kewangan yang lebih tinggi serta margin keuntungan yang dianggap rendah. 

“Oleh itu, perlu ada langkah untuk menambah baik skim RTO dengan mengambil kira risiko dan menyediakan kaedah mitigasi yang lebih berkesan, supaya lebih banyak bank berminat untuk menawarkannya,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, beliau juga memohon kerajaan mengaktifkan semula HOC yang terakhir dilaksanakan pada tahun 2021 telah memberikan manfaat besar kepada golongan muda dan pembeli rumah kali pertama. 

Jelasnya, kempen ini menawarkan pelbagai pakej menarik, termasuk pengecualian duti setem, insentif kewangan dan pengurangan kos pembelian seperti kos guaman. 

“Selain itu, kempen ini juga memudahkan proses perancangan dan kelulusan. Di samping itu, terdapat insentif lama seperti MyDeposit yang membantu pembeli rumah membayar wang pendahuluan. 

“Insentif ini boleh diaktifkan bersama-sama HOC untuk memberikan sokongan tambahan kepada pembeli rumah kali pertama,” ujarnya.

Beliau juga meminta lanjutan tempoh pengecualian duti setem kerana kebanyakan rumah di Lembah Klang kini berharga melebihi RM500,000. 

“Duti setem akan dikenakan pada rumah yang berharga hingga RM501,000 ke atas. Oleh itu, kami mencadangkan agar had ini dinaikkan daripada RM501,000 kepada RM700,000 untuk lebih mencerminkan realiti pasaran semasa,” jelansya.-UTUSAN

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...