Home Ekonomi Perjanjian Jual Dan Beli Bagi Tingkatkan Pegangan Dalam Affin Bank Dimuktamadkan Dalam Tempoh Sebulan
Ekonomi

Perjanjian Jual Dan Beli Bagi Tingkatkan Pegangan Dalam Affin Bank Dimuktamadkan Dalam Tempoh Sebulan

Perjanjian Jual Dan Beli Bagi Tingkatkan Pegangan Dalam Affin Bank Dimuktamadkan Dalam Tempoh Sebulan

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika sidang media selepas program Malaysian Board of Technologists (MBOT) Experts Network in Technology, Innovation and Cooperative Event (ENTICE) hari ini.

PUTRAJAYA, 30 Julai (Livevartha) — Kerajaan Sarawak dijangka akan memuktamadkan perjanjian jual dan beli (SPA) berhubungpenambahan pegangan saham Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam tempoh sebulan.

“Bank Negara Malaysia sudah beri kelulusan bersyarat, justeru SPA berkenaandijangka dimuktamadkan dalam tempoh sebulan. Ia adalah proses teknikal,ini adalah peraturan perludipatuhi,"kataPremier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata demikian padasidang media selepas menghadiri program Malaysian Board of Technologists (MBOT) Experts Network in Technology, Innovation andCooperative Event (ENTICE) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Livevartha melaporkan rancangan Sarawakuntuk meningkatkan pegangannya dalam Affin Bank Bhd kepada sekitar 30 peratus daripada 4.8 peratus pada masa ini, boleh menjadi ‘kemenangan berganda’ dalam merealisasikan pulangan yang tinggi atau berpatutandaripada pelaburannya dalam bank itu.

Pada 19 Julailepas, Abang Johari dilaporkan berkataKerajaan Sarawak dan LTAT akan meneruskan SPA untuk meningkatkan pegangan kerajaan negeri dalam Affin Bank sebaik sahaja kelulusan kawal selia diperoleh.

–Livevartha

Related Articles

MBSB umum kemudahan pembiayaan RM1 bilion dalam sektor aeroangkasa
Ekonomi

MBSB umum kemudahan pembiayaan RM1 bilion dalam sektor aeroangkasa

RAFE HANEEFPETALING JAYA: Kumpulan MBSB mengumumkan kemudahan pembiayaan berjumlah RM1 bilion bagi...

CBP perkenal produk takaful kemalangan diri atas talian
Ekonomi

CBP perkenal produk takaful kemalangan diri atas talian

PETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) memperkenalkan produk takaful kemalangan diri iaitu Takaful...

Untung bersih JPG naik kepada RM75.9j pada suku pertama
Ekonomi

Untung bersih JPG naik kepada RM75.9j pada suku pertama

LEMBAGA Pengarah JPG telah mengisytiharkan dividen interim sebanyak 1.00 sen sesaham bagi...

Bursa Malaysia ditutup negatif, turun 15.61 mata
Ekonomi

Bursa Malaysia ditutup negatif, turun 15.61 mata

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup negatif pada 1,556.14 hari ini, susut 15.61...