Home Ekonomi Pergerakan Ringgit Dalam Hala Tuju Tepat, Cerminkan Asas Ekonomi – Gabenor BNM
Ekonomi

Pergerakan Ringgit Dalam Hala Tuju Tepat, Cerminkan Asas Ekonomi – Gabenor BNM

Pergerakan Ringgit Dalam Hala Tuju Tepat, Cerminkan Asas Ekonomi – Gabenor BNM

Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Rasheed Ghaffour (Kredit: BNM)

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Livevartha) — Pergerakan ringgit kini dalam hala tuju yang tepat, mencerminkan asas ekonomi dan prospek kukuh negara, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata spread dalam prestasi ringgit baru-baru ini menunjukkan kenaikan semula daripada paras-paras sebelumnya.

“Dari segi sama ada kita mempunyai paras yang selesa bagi ringgit, kita tidak menyasarkan paras khusus yang tertentu untuk ringgit memandangkan ia dipacu pasaran,” katanya pada sidang media mengenai prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2024 di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata sokongan terhadap ringgit pada masa depan adalah positif.

Ringgit disokong olehbeberapa faktor iaitu dasar monetari Amerika Syarikat (AS), langkah terselaras antara kerajaan dan BNM serta prospek Malaysia yang teguh, katanya.

Mengenai prestasi ringgit,beliau berkata mata wang tempatan semakin meningkat sejak akhir-akhir ini, dengan peserta pasaran kewangan menjangkakan pengurangan kadar dasar dilakukan oleh Rizab Persekutuan AS, yang telah melemahkan dolardan mengurangkan tekanan ke atas mata wang serantau termasuk ringgit.

Bagi tahun ini hingga 13 Ogos, 2024, rringgit menambah nilai sebanyak 3.1 peratus berbanding dolar AS, susulan perkembangan terkini itu, katanya,

Pada asas kadar pertukaran efektif nominal (NEER), ringgit turut menambah nilai sebanyak 5.3 peratus.

Abdul Rasheed berkata inisiatif terselaras oleh kerajaan dan BNM dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) beserta libat urus dengan syarikat korporat, pengeksport dan pelabur terus menyokong ringgit.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...