Home Ekonomi Perbincangan utama APEC di Peru: Tenaga, kesihatan, keselamatan makanan jadi tumpuan
Ekonomi

Perbincangan utama APEC di Peru: Tenaga, kesihatan, keselamatan makanan jadi tumpuan

Perbincangan utama APEC di Peru: Tenaga, kesihatan, keselamatan makanan jadi tumpuan

PUTRAJAYA, 12 Ogos (Livevartha) — Pegawai kanan, menteri dan pakar daripada 21 ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) akan berkumpul di Peru dari 12 hingga 25 Ogos, 2024 untuk membincangkan isu ekonomi yang mendesak dan penting bagi kemakmuran rantau ini.

Menurut kenyataan pada Isnin, Sekretariat APEC menjelaskan kalangan mereka juga akan mempertimbangkan beberapa dasar berkenaan keselamatan makanan, kemampanan tenaga, penambahbaikan kesihatan awam, pertumbuhan ekonomi dan daya tahan.

Pertemuan itu akan berlangsung menerusiMesyuarat Menteri Tenaga kali ke-14 pada 15 dan 16 Ogos; Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai Kesihatan dan Ekonomi kali ke-14 pada 18 Ogos di Lima, ibu negara Peru; di samping Mesyuarat Menteri Keselamatan Makanan APEC pada 19 Ogos di Trujillo, sebuah bandar pinggir laut di barat laut Peru.

Pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan APEC 2024 Duta BesarCarlos Vasquez berkata semua negara anggota perlu terus memperkukuh kerjasama dalam menangani isu keselamatan makanan, tenaga, kesihatan dan daya tahan ekonomi.

“Ekonomi kalangan anggota telah memperoleh manfaat daripada usaha perdagangan bebas dan pelaburan APEC selama 35 tahun lepas,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Beliau berkata Peru mempunyai 14 perjanjian perdagangan bebas dengan ekonomi-ekonomiAPEC.

Vasquez juga mengulangi anggota APEC perlu bersatu dan melaksanakan tindakan untuk memastikan Asia-Pasifik kekal sebagai rantau paling dinamik dengan pertumbuhan mampan dan inklusif, melonjakkan dan menjamin kemakmuran seluruh warganya.

Penekanan itu disuarakan beliau susulan menyedari pelbagai cabaran dan ketidaktentuan yang dihadapi ekonomi APEC.

Menurut Sekretariat APEC, Mesyuarat Menteri Tenaga kali ke-14 akan menumpukan pada usaha menggalakkan peralihan tenaga bersih, kecekapan tenaga dan ketersambungan tenaga serantau.

Related Articles

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022
Ekonomi

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022

PETALING JAYA: Purata gaji dan upah bulanan pekerja pada 2022 adalah sebanyak...

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau
Ekonomi

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau

MOHD. Muazzam Mohamed (tiga dari kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk...

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam
Ekonomi

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam

PROJEK LRT Pulau Pinang adalah projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan...

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E
Ekonomi

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E

PETALING JAYA: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan sekadar...