Home Ekonomi Perak Transit Cadang Terbit Program Sukuk RM1.5 Bilion
Ekonomi

Perak Transit Cadang Terbit Program Sukuk RM1.5 Bilion

Perak Transit Cadang Terbit Program Sukuk RM1.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 2 Ogos(Livevartha) — Perak Transit Bhd (PTrans) bercadang menerbitkan program nota jangka sederhana Islam dengan nilai nominal RM1.5 bilion berdasarkan prinsip Syariah sukuk Wakalah Bi Al-Istithmar.

PTrans dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata program sukuk itu akan mempunyai tempoh kekal yangmembolehkan penerbitan sukuk Wakalah mengikut keperluan.

Selain itu, syarikat tersebutjuga akan mempunyai fleksibiliti untuk menerbitkan program sukuk yangmematuhi garis panduan kemampananberkaitan.

Hasil daripada terbitan sukuk itu akan digunakan untuk membiayai dan membayar balik perbelanjaan modal PTrans dan anak syarikatnya.

Ini termasuk kos pembangunan dan pembinaan terminal pengangkutan bas bersepadu merangkap kompleks komersial, Terminal Seri Iskandar, di Bandar Seri Iskandar di Perak, tertakluk kepada margin pendahuluan sebanyak 70 peratus.

Selain itu, dana tersebut akan digunakan untuk membiayai modal kerja am, perbelanjaan modal, pembiayaan semula pinjaman sedia ada, pembiayaan patuh Syariah pada masa hadapan, tujuan korporat am dan peruntukanperbelanjaan.

— Livevartha

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...