Saturday , 7 December 2024
Home Ekonomi Penyasaran Subsidi, Bantuan Tunai Dijangka Tidak Beri Kesan Ketara Ke Atas Inflasi – MOF
Ekonomi

Penyasaran Subsidi, Bantuan Tunai Dijangka Tidak Beri Kesan Ketara Ke Atas Inflasi – MOF

Penyasaran Subsidi, Bantuan Tunai Dijangka Tidak Beri Kesan Ketara Ke Atas Inflasi – MOF

Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Livevartha) — Pelaksanaan langkah mitigasi impak kenaikan harga menerusi penyasaran subsidi diesel dan pemberian bantuan tunai, dijangka tidak memberi kesan ketara ke atas inflasi dan pertumbuhan ekonomi, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Berikutan itu, kementerian mengekalkan unjuran rasmi inflasi dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar bagi 2024 kekal masing-masing pada 2.0-3.5 peratus dan 4.0-5.0 peratus.

Langkah penyasaran semula itujuga, katanya,sejajarpendirian kerajaan meneruskan bantuan subsidi kepada golongan memerlukan, khususnya rakyat berpendapatan rendah dan sederhana selain mengurangkan ketirisan kepada golongantidak sepatutnya seperti wargaasing, syarikat swasta besar dan individu berpendapatan tinggi.

MOF berkata langkah itu penting memandang kerajaan membelanjakan lebih RM80 bilion bagi membiayai keseluruhan subsidi, insentif dan bantuan sosial pada 2023.

“Perbelanjaan subsidi kepenggunaan adalah terbesar sebanyak RM50 bilion merangkumi subsidi petrol, diesel dan gas memasak, subsidi minyak masak, subsidi bil elektrik serta subsidi harga ayam dan telur ayam.

“Perbelanjaan subsidi, insentif dan bantuan sosial yang semakin meningkat ini telah mencetuskan risiko negatif kepada kemampanan fiskal jangka panjang negara dan boleh menyebabkan peruntukan sektor lebih penting seperti kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan keselamatan terpaksa dikurangkan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Negara hari ini.

Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Senator Datuk Seri S. Vell Paari mengenaimasalahyang mungkin dihadapi daripada pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api atau diesel serta cara mengatasinya agar tidak membebankan rakyat.

Menjelaskan selanjutnya, MOF berkata di bawah penyasaran semula subsidi diesel, bantuan tunai kepada pemilik kenderaan hanya melibatkan 300,000 individu.

Bantuan berdasarkan satu kadar iaitu RM200 ringgit sebulan itu dianggarkan mencukupi untuk pemilik kenderaan diesel individu yang kebanyakannya menggunakan kenderaan jenis pikap.

Related Articles

Capex korporat Malaysia naik 15.3%, tingkat keyakinan pelabur
Ekonomi

Capex korporat Malaysia naik 15.3%, tingkat keyakinan pelabur

EKONOMI Malaysia yang semakin berkembang secara tidak langsung meningkatkan keyakinan pelabur terhadap...

Bitcoin pecah rekod tertinggi, lepasi AS0,000
Ekonomi

Bitcoin pecah rekod tertinggi, lepasi AS$100,000

PETALING JAYA: Bitcoin, aset ketujuh terbesar di dunia telah berjaya menembus nilai...

Malaysia imbangi pemotongan subsidi, kestabilan pasaran
Ekonomi

Malaysia imbangi pemotongan subsidi, kestabilan pasaran

RAY CHOYPETALING JAYA: Malaysia sedang memulakan langkah penting ke arah ketahanan ekonomi...

Belian saat akhir pacu Bursa Malaysia akhiri dagangan dalam zon positif
Ekonomi

Belian saat akhir pacu Bursa Malaysia akhiri dagangan dalam zon positif

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 5 Disember – Aktiviti belian pada saat-saat akhir,...