Home Ekonomi Penurunan jarak kadar faedah ekonomi maju beri kesan positif pada ringgit
Ekonomi

Penurunan jarak kadar faedah ekonomi maju beri kesan positif pada ringgit

Penurunan jarak kadar faedah ekonomi maju beri kesan positif pada ringgit

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (tengah) bersama Abdul Rasheed Abdul Ghaffour (kiri) ketika pelancaran portal InvestMalaysia di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, di sini hari ini.-UTUSAN.SADDAM YUSOFF

KUALA LUMPUR: Penurunan jarak perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan ekonomi maju memberi kesan positif kepada ringgit, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.

Abdul Rasheed berkata, perkembangan geopolitik, perubahan dalam dasar monetari oleh bank-bank pusat global dan lebih terkini, pilihan raya Amerika Syarikat (AS) yang baru sahaja selesai telah menyebabkan peningkatan volatiliti dalam pasaran kewangan global. 

“Namun begitu, kami sentiasa memantau perkembangan global dan bersedia untuk menguruskan sebarang kesan limpahan kepada pasaran domestik, termasuk dengan memastikan kecukupan kecairan dalam pasaran pertukaran asing domestik. 

“Asas ekonomi yang kukuh dan struktur ekonomi yang sangat pelbagai telah mewujudkan persekitaran yang sangat subur untuk pertumbuhan, yang juga akan memberikan sokongan berterusan kepada ringgit,” katanya dalam ucapan sempena pelancaran portal InvestMalaysia di Sasana Kijang, semalam.

Jelas beliau, Malaysia telah dan terus menunjukkan prestasi pertumbuhan yang kukuh. 

“Dengan purata pertumbuhan 4.3 peratus sejak 2011, pertumbuhan kita lebih tinggi berbanding ekonomi serantau dan negara yang setaraf, ini membuktikan pengurusan makroekonomi yang berkesan,” katanya. 

Abdul Rasheed berkata, gabungan pembaharuan yang menarik dan asas-asas yang kukuh memberi saya keyakinan yang tinggi bahawa terdapat janji yang besar dalam landskap pelaburan domestik.

Jelasnya, tidak dapat dinafikan, status sebagai ekonomi kecil dan terbuka membuatkan negara terdedah kepada risiko yang datang daripada faktor-faktor global, terutama dalam era ketidaktentuan ketika ini.

“Namun, adalah satu kelebihan besar bagi kita kerana menghadapi cabaran ini dari posisi yang kukuh. 

“BNM akan memainkan peranan dan melakukan apa yang perlu bagi memastikan kestabilan monetari serta mewujudkan persekitaran pasaran kewangan yang kondusif untuk pelaburan dan aktiviti ekonomi yang mampan. 

“Selain itu, seperti yang telah diterangkan dalam Pelan Induk Sektor Kewangan 2022-2026, pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan untuk memastikan sektor kewangan menyokong transformasi ekonomi yang lebih luas.-UTUSAN

Related Articles

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights
Ekonomi

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights

MOHAMAD Farid Ghazali (kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Haniff Zainal Abidin...

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media
Ekonomi

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media

PROTON X50 baharu.PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan Proton X50 terbaharu...

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind
Ekonomi

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind

GOBIND SINGH DEOKUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang...

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana
Ekonomi

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana

WAN Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (dua kanan) bergambar bersama wakil-wakil syarikat...