Home Ekonomi Penjualan saham MAHB tidak jejas keselamatan – MOT
Ekonomi

Penjualan saham MAHB tidak jejas keselamatan – MOT

Kementerian Pengangkutan (MOT) menegaskan penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak akan menjejaskan aspek keselamatan lapangan terbang di negara ini / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 21 Februari – Kementerian Pengangkutan (MOT) menegaskan penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak akan menjejaskan aspek keselamatan lapangan terbang di negara ini.

Menurut MOT, jaminan itu berdasarkan kerjasama erat antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), MAHB dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan keselamatan berada pada tahap terbaik.

Menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, MOT turut menjelaskan kerajaan tidak menjual saham dalam MAHB.

Sebaliknya, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan UEM Group Bhd, anak syarikat Khazanah Nasional Bhd, akan meningkatkan pegangan saham terkumpul mereka daripada 41 peratus kepada 70 peratus.

“MAHB akan kekal sebagai aset strategik negara walaupun diswastakan, dengan peranannya tertumpu kepada pengoperasian lapangan terbang di bawah seliaannya,” menurut kenyataan itu.

MOT turut memberi jaminan kedaulatan dan kepentingan negara akan terus terpelihara memandangkan pemilikan majoriti masih dipegang oleh syarikat GLIC.

Selain itu, Kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan akan mengekalkan pegangan saham khas dalam MAHB bagi memastikan kepentingan strategik negara terus terjamin.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...

Ekonomi

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 13 Mac- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada...

UEM Lestra, ACWA Power meterai perjanjian kerjasama strategik
Ekonomi

UEM Lestra, ACWA Power meterai perjanjian kerjasama strategik

PETALING JAYA: UEM Lestra Berhad (UEM Lestra), anak syarikat milik penuh dan...

Ekonomi

Sistem Akaun Negara 2025 diiktiraf sebagai piawaian antarabangsa

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 12 Mac – Sistem Akaun Negara 2025...