Home Ekonomi Pengetahuan kewangan rakyat Malaysia menghampiri tahap maju
Ekonomi

Pengetahuan kewangan rakyat Malaysia menghampiri tahap maju

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Adnan Zaylani / FOTO Livevartha

KUCHING, 17 November- Kos kehidupan yang semakin meningkat dan tahap pendapatan yang rendah serta tidak menentu antara faktor yang mempengaruhi perilaku kewangan.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Adnan Zaylani berkata, pengetahuan kewangan rakyat kepada perubahan tingkah laku kewangan harus ditingkatkan bagi meningkatkan ekonomi individu dan isi rumah, seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Pun begitu, jelasnya tahap pengetahuan kewangan rakyat negara ini telah meningkat dengan ketara sejak 2016 dan menghampiri tahap negara maju.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penutup Karnival Celik Kewangan Sarawak Vivacity Megamall, Kuching petang tadi.

Katanya, Karnival Celik Kewangan Sarawak merupakan kemuncak kepada Bulan Literasi Kewangan 2024 yang telah berlangsung sepanjang bulan Oktober dan November ini bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kewangan dalam kalangan rakyat.

Lebih 20,000 pengunjung dan 40 pempamer, terdiri daripada jabatan kerajaan dan institusi serta penyedia perkhidmatan berkaitan kewangan yang hadir ke karnival tersebut.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...