Home Ekonomi Pengenalan RIA, langkah tingkat kesedaran kewangan pencarum KWSP
Ekonomi

Pengenalan RIA, langkah tingkat kesedaran kewangan pencarum KWSP

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 13 Disember– Pengenalan rangka kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) dilihat sebagai langkah meningkatkan kesedaran kewangan bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat,rangka kerja itu menggalakkan ahli lebih cakna tahap simpanan yang diperlukan selepas bersara.

Penanda aras simpanan asas baharu berjumlah RM390,000 juga lebih relevan berbanding kadar semasa dengan mengambil faktor inflasi dan peningkatan kos sara hidup.

\”Sudah pasti, jumlah sebelum ini yang dianggap statik ataupun tidak berubah mungkin adalah sesuatu yang tidak ideal.

Hakikatnya juga, setiap individu tersebut ataupun ahli KWSP itu mempunyai tahap kehidupan yang berbeza daripada segi perbelanjaan dan tingkat pendapatan,\” kata Dr. Mohd Afzanizam kepada pemberita RTM secara eksklusif dalam satu temu bual maya, hari ini.

Tambahnya, rangka kerja tersebut turut memastikan pencarum yang mempunyai simpanan melebihi RM1 juta tidak membuat pengeluaran sewenang-wenangnya.

Dengan cara ini, ia memastikan pencarum mempunyai simpanan yang mencukupi, sekali gus mengekalkan kestabilan kewangan bagi menghadapi tempoh persaraan dengan lebih baik.

Penanda aras Simpanan Asas baharu ditingkatkan daripada RM240,000 ketika ini secara berperingkat bermula tahun 2026.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....