Home Ekonomi Pengeluaran Sawit Malaysia Dijangka Lepasi 19 Juta Tan Tahun Depan – Penganalisis
Ekonomi

Pengeluaran Sawit Malaysia Dijangka Lepasi 19 Juta Tan Tahun Depan – Penganalisis

Pengeluaran Sawit Malaysia Dijangka Lepasi 19 Juta Tan Tahun Depan – Penganalisis

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Livevartha) — Pengeluaran sawit Malaysia dijangka melepasi 19 juta tan pada 2025 sekiranya fenomena La Nina yang kuat melanda, kata seorang penganalisis.

Penganalisis kanan Fastmarket Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa berkata pengeluaran sawit kini berada dalam kitaran tinggi dan berkemungkinan memuncak antara Ogos dan Oktober tahun ini, mengekalkan harga di bawah tekanan.

"Harga niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal tidak berubah antara RM3,700 dan RM3,900 satu tanberikutan pengeluaran akan menjadi pemacu utama harga sepanjang tahun ini," kataSathia pada Forum Minyak Sawit Malaysia Timur di Kuching, Khamis.

Dalam kertas kerjanya "Palm & Laurics Market Outlook", beliau berkataeksport mungkin lebih rendah pada Ogos dan September dan meningkat semula pada Oktober, yang ditentukan oleh daya saing harga, ringgit yang lebih kukuh dan dasar domestik China.

Mengulas mengenai pasaran MSM Malaysia dari Januari hingga Ogos tahun ini, beliau berkata komoditi itu menunjukkan peningkatan pengeluaran yang mengagumkan, walaupun ia tidak sekata. Eksport meningkat tetapi bukan ke China, katanya.

Beliau berkata tiada gangguan akibat cuaca tetapi beberapa ladang melaporkan pengeluaran yang lebih rendah susulan fenomenaEl Nino, di samping levi dan cukai yang tinggi di Indonesia memberi manfaat kepada Malaysia.

Minyak sawit juga memulihkan daya saingnya berbanding minyak soya, katanya.

— Livevartha

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...