Home Ekonomi Pengeluaran MSM diunjur meningkat 19.5 juta tan- MPOB
Ekonomi

Pengeluaran MSM diunjur meningkat 19.5 juta tan- MPOB

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 8 Februari-Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) diunjur meningkat 19.5 juta tan tahun ini, berbanding 19.35 juta tan pada 2024.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, unjuran berdasarkan trend peningkatan dicatatkan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan.

Ramalan positif itu turut didorong keadaan tenaga buruh sektor itu yang kembali stabil.

\”Kita mengharapkan kebanyakan pekebun dan juga estet-estet mula melakukan maintenance atau pembajaan perumpaian yang baik.

\”Kita harap ia akan dapat meningkatkan hasil. Jadi, peningkatan hasil akan membantu dengan peningkatan eksport,\” katanya kepada RTM.

Tambahnya, eksport minyak sawit negara pula dijangka tumbuh 2.4 peratus kepada 17.3 juta tan tahun ini.

Manakala, nilai eksport komoditi itu dijangka melonjak sebanyak 9.8 peratus kepada RM120 bilion daripada RM109.33 bilion pada 2024.

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...