Home Ekonomi Pengeluaran Getah Asli Malaysia Meningkat 16.8 Peratus Pada Jun 2024 – Perangkaan
Ekonomi

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Meningkat 16.8 Peratus Pada Jun 2024 – Perangkaan

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Meningkat 16.8 Peratus Pada Jun 2024 – Perangkaan

Kredit: DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Livevartha) — Pengeluaran getah asli Malaysiameningkat 16.8peratus kepada 29,914tan metrik pada Jundaripada 25,867tan metrik pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bagi perbandingan tahun ke tahun,pengeluaran getah asli menokok sebanyak 0.2peratus daripada29,867tan metrik pada Jun 2023.

“Pengeluaran getah asli Malaysia bagi Mei 2024 disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil (87.6peratus) berbanding sektor estet (12.4 peratus),” kataKetua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Berdasarkan laporan Malaysia Rubber Board Digest diterbitkan pada Jun 2024, DoSM berkatapasaran getah Kuala Lumpur bergerak aliran menurun bersamadata ekonomi China yang lemah.

“Sentimen pasaran juga terjejasoleh tarif baharu Kesatuan Eropah terhadapChina dan selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengekalkankadar faedah.

"Sentimen global juga terjejas oleh permintaan lemah yang berterusan terutamanya dari China dan ketidaktentuan mengenai dasar monetari AS," katanya.

Pada Jun2024, harga purata bulanan bagi lateks pekat meningkat 4.4peratus kepada775.19sen sekilogram daripada 742.36sen pada Mei2024 manakala getah sekerap menokok 7.7 peratus kepada 707.51sen sekilogram daripada 657.16sen pada bulan sebelumnya.

Menurut Jabatan Perangkaan, harga bagi semua jenis Getah Mutu Malaysia (GMM)naik antara 3.3peratus dan4.4peratus pada Jun2024 berbanding bulan sebelumnya.

Sementara itu,jumlah stok simpanan getah asli pada Jun2024 turun 8.5peratus kepada 160,535tan metrik daripada211,119 tan metrik pada April 2024 dengan kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 90.1peratus dan diikuti kilang pengguna getah (9.8peratus) sertaestet getah (0.1 peratus).

Related Articles

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022
Ekonomi

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022

PETALING JAYA: Purata gaji dan upah bulanan pekerja pada 2022 adalah sebanyak...

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau
Ekonomi

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau

MOHD. Muazzam Mohamed (tiga dari kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk...

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam
Ekonomi

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam

PROJEK LRT Pulau Pinang adalah projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan...

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E
Ekonomi

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E

PETALING JAYA: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan sekadar...