Home Ekonomi Pengelasan isi rumah, wajar dinilai semula – Penganalisis
Ekonomi

Pengelasan isi rumah, wajar dinilai semula – Penganalisis

Foto kecil: Pensyarah Kanan Putra Business School UPM, Dr. Ida Md Yasin

KUALA LUMPUR, 2 Januari– Pengelasan isi rumah B40, M40, dan T20 wajar dinilai semula berdasarkan pendapatan bersih, bagi menunjukkan kemampuan kewangan sebenar setiap keluarga.

Pensyarah Kanan Putra Business School UPM, Dr. Ida Md Yasin berkata pengelasan semula isi rumah itu perlu mengambil kira bilangan tanggungan, pendidikan anak dan kos sara hidup semasa.

Tambahnya, ia juga perlu dilakukan secara lebih terperinci bagi meningkatkan ketepatan bantuan.

\”Contohnya, jika sesebuah keluarga itu pendapatannya RM4,000 sebulan dan mempunyai anak seorang, mungkin kehidupan itu tidak perlu bantuan sangat.

Tetapi, jika mereka mempunyai gaji yang sama dan anaknya tengah bersekolah, memang mempunyai perbelanjaan yang banyak. Ini terutama bila persekolahan itu di peringkat tadika dan ke atas. Banyak tanggungan perbelanjaanya,\” kata Dr. Ida kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, inisiatif kerajaan seperti Kalkulator Perbelanjaan Kos Sara Hidup Wajar (PAKW) dan sistem PADU adalah langkah tepat untuk menilai kelayakan bantuan setiap kumpulan isi rumah.

Usaha kerajaan itu dapat membantu bantuan disalurkan dengan lebih bersasar selain memudahkan keputusan kerajaan membuat dasar yang lebih adil.

Sebelum ini, Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati pengelasan isi rumah kepada B40, M40 dan T20 tidak mencerminkan realiti sebenar stratifikasi ekonomi isi rumah di Malaysia.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....