Home Ekonomi Pengekalan OPR dijangka penganalisis, seiring ekonomi semasa
Ekonomi

Pengekalan OPR dijangka penganalisis, seiring ekonomi semasa

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid/Foto Fail

KUALA LUMPUR, 6 Mac– Keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus sememangnya telah dijangka para penganalisis ekonomi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpandangan, keputusan itu adalah tepat dan bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa.

\”Kami melihat dengan pengekalan kadar OPR ini seharusnya akan memberi kesan yang positif kepada pergerakan nilai ringgit. Ini disebabkan oleh faktor perbezaan kadar faedah di antara Malaysia dengan beberapa negara maju yang seharusnya akan mengecil.

Ini akan secara langsungnya akan mewujudkan sesuatu permintaan yang positif terhadap mata wang ringgit pada masa akan datang,\” kata Dr. Mohd Afzanizam kepada pemberita RTM secara eksklusif dalam satu video maya, hari ini.

Melangkah ke hadapan, beliau menjangkakan OPR akan dikekalkan pada paras tiga peratus.

Ujarnya, dalam keadaan ekonomi semasa, kadar itu dilihat bersesuaian dan mampu menyokong pertumbuhan ekonomi sepanjang tahun ini.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan Xi Jinping buka laluan kerjasama strategik baharu Malaysia-China

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai merangkumi sektor kritikal: ekonomi, perdagangan, pendidikan,...

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...