Home Ekonomi Pendekatan perdagangan terbuka perkukuh daya saing negara
Ekonomi

Pendekatan perdagangan terbuka perkukuh daya saing negara

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 12 April- Prinsip untuk terus berdagang secara bebas dan terbuka adalah langkah strategik untuk menjadi lebih proaktif menghadapi cabaran global.

Pensyarah Kanan Putra Business School, Dr. Ida Md Yasin berkata, pendekatan itu membolehkan Malaysia meneroka pasaran baharu serta memperkukuh rundingan diplomatik.

Jelasnya, usaha itu juga bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran tunggal dan memastikan kestabilan ekonomi jangka panjang selain melindungi industri domestik negara.

\”Jadi kita boleh katakan dari segi jangka sederhana dan jangka panjangnya, kita harus terus menerus mengadakan hubungan yang baik dengan rakan dagang di negara negara yang lain.

\”Cuma setakat ini hanya Amerika sahaja yang mengambil tindakan \’pelindung perdagangan\’ ini ya tidak lagi pada negara-negara yang lain,\” katanya.

Sementara itu, katanya keputusan Amerika Syarikat untuk menaikkan tarif balas dilihat bercanggah dengan semangat perdagangan bebas.

Justeru, Malaysia perlu merangka strategi untuk mengukuhkan daya saing ekonomi dalam persekitaran global.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...