Home Ekonomi Penang Port labur RM100 juta untuk naik taraf Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier
Ekonomi

Penang Port labur RM100 juta untuk naik taraf Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier

Penang Port labur RM100 juta untuk naik taraf Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier

SASEDHARAN VASUDEVAN

BUTTERWORTH: Penang Port Sdn Bhd (PPSB) melabur lebih RM100 juta untuk menaik taraf Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier sebagai sebahagian daripada strategi untuk menjadi hab pelayaran terkemuka di Asia Tenggara. 

Ketua Pegawai Eksekutif PPSB, Datuk Sasedharan Vasudevan berkata, pelaburan itu dapat memperkukuh kemampuan pelabuhan tersebut. 

“Walaupun berada di tempat kedua di Asia Tenggara selepas Singapura, Penang Port bercita-cita untuk menutup jurang dengan meningkatkan kemampuan ‘home porting’ (tempat asal kapal). 

“Ini membolehkan kapal pelayaran memulakan dan mengakhiri perjalanan mereka di Pulau Pinang, sekali gus menarik lebih banyak kapal ke pelabuhan dan merangsang perniagaan tempatan,” katanya kepada pemberita dalam sesi lawatan bersama media di Penang Port, di sini hari ini. 

Beliau turut menekankan keperluan ekosistem ‘home porting’ yang menyeluruh, termasuk koordinasi lancar antara lapangan terbang, pelabuhan serta pihak berkuasa seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen Malaysia 

Selain itu, Penang Port turut bekerjasama rapat dengan Majlis Pelayaran Malaysia untuk mempromosikan Pulau Pinang sebagai pengendali pelayaran antarabangsa.

“Pelabuhan tersebut mengendalikan 1.2 juta penumpang pelayaran tahun lalu dan menjangkakan pertumbuhan serupa dalam beberapa tahun akan datang. 

“Setiap ketibaan kapal pelayaran membawa antara 4,000 hingga 6,000 penumpang yang memberi manfaat perkhidmatan tempatan seperti makanan, pengangkutan dan penginapan.

“Bagaimanapun, angka tahun ini terjejas oleh krisis Red Sea yang sedang berlangsung, menyebabkan pembatalan beberapa panggilan pelayaran antarabangsa,” katanya. 

Jelas Sasedharan, Penang Port tetap optimis tentang prospek jangka panjang operasi pelayarannya.

“Penang berada dalam posisi baik untuk meraih bahagian yang lebih besar dalam pasaran pelayaran serantau. Pelaburan kami dalam memodenkan terminal pelayaran dan memperluas kemampuan ‘home porting’ memberikan kami kelebihan kompetitif,” katanya.

Dalam pada itu, Sasedharan memaklumkan, pelancong Cina pernah mendominasi pasaran, pertumbuhan terkini datang dari India, Indonesia dan negara Barat. 

“Kami telah melihat peningkatan 20 hingga 30 peratus dari pasaran India dan Indonesia juga menunjukkan angka yang kukuh. 

“Peralihan ini membantu mengimbangi penurunan pelancong China selepas pandemik,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...