Saturday , 21 December 2024
Home Ekonomi Penambahbaikan ACM HRD Corp beri majikan dan pekerja lebih fleksibiliti 
Ekonomi

Penambahbaikan ACM HRD Corp beri majikan dan pekerja lebih fleksibiliti 

Penambahbaikan ACM HRD Corp beri majikan dan pekerja lebih fleksibiliti 

HRD Corp

PETALING JAYA: Penambahbaikan dalam Matrik Kos Yang Dibenarkan (ACM) HRD Corp memberikan majikan dan pekerja fleksibiliti mendapatkan latihan, sekali gus mampu menyokong pertumbuhan industri latihan.

Pemain industri dan penyedia latihan menyambut baik langkah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan HRD Corp untuk penambahbaikan tersebut yang bertujuan untuk mengukuhkan usaha pembangunan kemahiran Malaysia.

Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, MEF mengalu-alukan dan menyokong inisiatif Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong mengenai penambahbaikan kepada ACM HRD Corp. 

“Struktur yuran baharu membolehkan majikan lebih fleksibel untuk menjalankan program latihan termasuk kursus pembangunan profesional dan kursus modular. 

“Kami juga percaya bahawa kenaikan siling yuran latihan HRD Corp akan membolehkan majikan menjalankan lebih banyak program latihan berkualiti serta bernilai tinggi yang memenuhi keperluan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Presiden Nasional Persatuan PKS Malaysia, Chin Chee Seong pula memuji KESUMA dan HRD Corp atas inisiatif yang akan menyokong pembangunan berterusan tenaga kerja perusahan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

“Pengenalan tuntutan mengikut jam untuk program latihan amat bermanfaat untuk PKS kerana ia memastikan latihan dapat dilakukan tanpa mengganggu operasi harian, menghasilkan usaha peningkatan kemahiran yang lebih kos efektif dan disasarkan. 

“Kenaikan had bagi yuran kursus boleh dituntut membolehkan majikan mengakses kursus berkualiti tinggi dan premium yang sebelum ini tidak boleh diakses, memupuk daya saing yang lebih besar dalam pasaran tempatan dan global,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penyedia Latihan Bumiputera Malaysia (MBTA), Azman Shah Aziz berkata, inisiatif itu sejajar dengan keperluan tenaga kerja moden yang semakin berkembang dan menonjolkan komitmen KESUMA untuk memupuk ekosistem pembelajaran yang fleksibel dan berkualiti tinggi di Malaysia.

“Kami percaya inisiatif ini akan mengukuhkan kualiti dan kepelbagaian tawaran latihan yang tersedia untuk tenaga kerja Malaysia, akhirnya menyumbang kepada daya saing keseluruhan negara dalam pasaran global,” jelasnya.

Ketua Bahagian Persatuan Kejurulatihan Antarabangsa (IAC) Malaysia, Bavani Periasamy berkata, IAC percaya penambahbaikan ini akan membuka jalan kepada pelaksanaan struktur kursus baharu untuk jurulatih bertauliah dalam masa terdekat. 

Presiden Persatuan Penyedia Latihan Malaysia, Prof Dr Abdul Kabur Ibrahim berkata, penambahbaikan kepada ACM akan merangsang komuniti latihan kerana mereka berharap untuk menyediakan lebih banyak program latihan bernilai tinggi untuk tenaga kerja Malaysia.

“Kami percaya bahawa ini adalah langkah positif yang kukuh oleh KESUMA dan HRD Corp yang akan menyokong aspirasi pembangunan modal insan Malaysia dalam jangka panjang,” katanya.

Presiden dilantik Persatuan Penceramah Profesional Malaysia (MAPS), Sumathi Krishnan memberitahu, penambahbaikan terbaharu dalam struktur kos ini mengambil kira peningkatan kos menjalankan perniagaan, termasuk faktor-faktor seperti cukai jualan dan perkhidmatan (SST), yuran pentadbiran, bahan dan kos kakitangan.-UTUSAN

Related Articles

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu
Ekonomi

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu

PETALING JAYA: Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir...

Ekonomi

Niaga hadapan MSM susut hari kelima berturut-turut, eksport lemah

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 20 Disember– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...

Ekonomi

Saham KL susut diasak tekanan jualan, jejak prestasi serantau

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 20 Disember– Dagangan saham di Bursa Malaysia mengakhiri urus...

Ekonomi

Inflasi November turun kepada 1.8 peratus – DOSM

DOSMKUALA LUMPUR, 20 Disember- Kadar inflasi Malaysia bagi November 2024 susut kepada...