Saturday , 25 January 2025
Home Ekonomi Pemerkasaan Generasi Akan Datang Penting Bagi Pertumbuhan Ekonomi – Tengku Mahkota Pahang
Ekonomi

Pemerkasaan Generasi Akan Datang Penting Bagi Pertumbuhan Ekonomi – Tengku Mahkota Pahang

Pemerkasaan Generasi Akan Datang Penting Bagi Pertumbuhan Ekonomi – Tengku Mahkota Pahang

Tengku Mahkota of Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri\’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUALA LUMPUR, 21 Ogos(Livevartha) –Usaha memperkasakan generasi akan datang merupakan langkah penting untuk mengekalkan momentum ekonomi Malaysia, titahPutera Mahkota Pahang hari ini.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah negara perlukomited terhadap peluang pendidikan legasidan memupuk bakat melalui program pembelajaran berterusan dan sesi perkongsian ilmu seperti Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) 2024.

"Kita mesti menyediakan platform untuk inovator muda menyumbang kepada matlamat kelestariankita. Dengan menerapkan elemenkelestarianke dalam kurikulum sekolah, kitaboleh menyemai sikap bertanggungjawab terhadapalam sekitar dan kepimpinan dalam diri kanak-kanak sejak usia muda lagi.

"Ini termasuk langkah-langkah seperti menerapkanteknologi hijau dalam projek sekolah dan membentuk kelab kelestarian untuk menggalakkan pelajar menyelidik dan berinovasi dalam bidang sains alam sekitar," titah baginda menerusi ucapan pada majlis penutup ISES 2024, sambil menambahuniversiti dan institusi penyelidikan tempatan juga memainkan peranan penting dalam usaha tersebut.

Tengku Hassanal bertitah dengan menyediakan program khusus dalam tenaga boleh baharu, kejuruteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, generasi muda akan dibekalkan dengan maklumat dan kemahiran yang diperlukan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa masa depan.

"Perkongsian dengan institusi antarabangsa dan terkenal boleh menambah baik lagi program ini yang dapat menyediakan perspektif dan kepakaran global kepada pelajar kita," titah baginda.

Menurut baginda, kelestarian adalah usaha yang berterusandan kemajuan Malaysia dalam tenaga boleh baharu daripada mengembangkan kapasiti solar hinggalah kepada merintis teknologi cekap tenaga menunjukkan komitmen negara untukmeminimumkan jejak karbon.

Putera Mahkota Pahang bertitah pencapaian itumenunjukkan komitmen bersama Malaysia untuk mewujudkan negara yang lebih baik, lebih hijau dan lebih bersih untuk generasi akan datang.

"Walaupun pelepasan karbon kita kurang daripada satu peratus di peringkat global, kita perlu menjadi contoh teladan kepada seluruh dunia," titah beliau.

Related Articles

OPR kekal beri gambaran dasar monetari stabil
Ekonomi

OPR kekal beri gambaran dasar monetari stabil

GAMBAR Hiasan PETALING JAYA: Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar...

Ekonomi

Kerajaan komited perkasa pertumbuhan industri menerusi RMK13

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 23 Januari – Kerajaan komited...

Ekonomi

Pasaran niaga hadapan emas lengang susulan kebimbangan dasar tarif AS reda

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 23 Januari- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Niaga hadapan msm ditutup rendah kebanyakannya berikutan pengambilan untung

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 23 Januari- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...