Home Ekonomi Pembukaan Fab Infineon Technologies Di Kulim Satu Kejayaan Besar Bagi Kedah, Malaysia – Anwar
Ekonomi

Pembukaan Fab Infineon Technologies Di Kulim Satu Kejayaan Besar Bagi Kedah, Malaysia – Anwar

Pembukaan Fab Infineon Technologies Di Kulim Satu Kejayaan Besar Bagi Kedah, Malaysia – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menandatangani plak perasmian pada majlis perasmian Infineon Kulim 3 di Infineon Technologies (Kulim), Kulim Hi-Tech Park di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Infineon Kulim 3 di Infineon Technologies (Kulim), Kulim Hi-Tech Park di sini hari ini.

KULIM, 8 Ogos (Livevartha) –Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembukaan loji fabrikasi (fab) tenaga semikonduktor 200 milimeter silikon karbida (SiC)Infineon Technologies di sini merupakan satu kejayaan besar buat Kedah dan juga Malaysia.

Beliau berkata loji baharu itu menyerlahkan kelebihan Malaysia di peringkat global dalam menarik pelaburan.

“Saya akan katakan, lihat Infineon, syarikat ini memutuskan(untuk melabur di Malaysia), pasti ada alasan yang baik, (seperti) infrastruktur, insentif menarik dan disiplin tenaga kerja profesional.

“Kemunculan mereka untuk melabur dalam fab tenaga silikon 200mm terbesar dunia, sudah cukup untuk menjadi daya penarik bagi negara ini,” katanya semasa berucap di majlis perasmianInfineon Technologies Kulim 3 di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di sini hari ini.

Turut hadir di majlis ini ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif Infineon Technologies AG Jochen Hanebeck.

Anwar berkata kehadiran Infineon di negara inibersama dengan loji pembuatan terbaharunya, bukan sahaja menyaksikan penerokaan kedalam apa yang dianggap sebagai teknologi baharu, tetapi juga dalam industri yang sangat fokus dan tepat.

“Saya mahu rakyat Malaysia faham bahawa perkembangan ini adalah hasil penyelidikan oleh profesional berkemahiran tinggi, pekerja berdedikasi, dan disiplin yang hebat… Infineon ialah perusahaan semikonduktor dan industri fab utama, berada di peringkat paling maju dalam bidang ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata Malaysia telah diiktiraf kerana keupayaannya untuk mengguna pakai teknologi cemerlang, yang kini memenuhi keperluan proses maju, sekali gusmenunjukkan bahawa keupayaan Malaysia telah meningkat.

“Kita perlu bersedia, infrastruktur mestilah cemerlang. Ini melibatkan KHTP, kerajaan negeri dan agensi persekutuan. Kita tidak sepatutnya dan tidak boleh bertolak ansur dengan ketidakcekapan atau sebarang kelewatan. Apabila syarikat seperti Infineon menunjukkan minat untuk melabur, kita mesti membalas dengan komitmen yang jelas.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit meningkat berbanding dolar AS berikutan prospek positif Belanjawan 2025

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada...

Ekonomi

Belanjawan 2025: LKIM harap pacu transformasi Sektor Perikanan

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil menyantuni nelayan yang berniaga ikan/Foto FB Faiz...

BizMatch MPOC catat potensi jualan RM1.24 billion
Ekonomi

BizMatch MPOC catat potensi jualan RM1.24 billion

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) mengumumkan pembekal Malaysia mencatatkan...

Peraturan kendiri industri EV dan bateri tarik pelaburan hijau
Ekonomi

Peraturan kendiri industri EV dan bateri tarik pelaburan hijau

HAIRIL Yahri Yaacob pada majlis pelancaran Garis Panduan Pengurusan Kenderaan Elektrik dan...