Monday , 23 December 2024
Home Ekonomi Pembinaan ECRL bukan punca banjir di Kelantan dan Terengganu
Ekonomi

Pembinaan ECRL bukan punca banjir di Kelantan dan Terengganu

Pembinaan ECRL bukan punca banjir di Kelantan dan Terengganu

PEMBINAAN projek ECRL sepanjang 665 kilometer dijangka siap pada menjelang akhir 2026.

PETALING JAYA: Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), pemilik projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menegaskan tidak semua kawasan yang dilanda banjir di sepanjang jajaran ECRL adalah disebabkan oleh pembangunan projek itu.

Menurut kenyataanya, reka bentuk bagi projek ECRL telah mengambil kira sejarah kejadian bencana alam seperti banjir melalui kajian yang dilakukan oleh perunding hidrologi dan hidraulik. 

Katanya, berdasarkan informasi sejarah kejadian banjir dan data daripada agensi teknikal, pihak MRL mendapati beberapa kawasan di negeri Kelantan dan Terengganu telah dikenal pasti sebagai kawasan mudah banjir.

“MRL amat menghormati akan pandangan yang dilontarkan berkenaan keadaan banjir yang berlaku adalah disebabkan oleh pembinaan projek ECRL. 

“Justeru, MRL akan dan sentiasa mengambil tanggungjawab atas sebarang kerosakan yang berlaku jika ia ternyata disebabkan oleh projek ECRL,” katanya.

Sejak dari awal pembinaan projek ECRL, MRL berkata, pihaknya telah mengenal pasti tempat-tempat yang terlibat dengan banjir di sepanjang jajaran ECRL di negeri-negeri yang berkenaan dan langkah-langkah awalan telah pun diambil bagi membantu penduduk setempat yang terjejas.

Jelasnya, MRL akan meneruskan pendekatan proaktif seperti menyediakan pengangkutan dan bekalan makanan kepada mangsa banjir di pusat bantuan banjir dan masjid yang berkenaan serta menyediakan tenaga kerja dan mesin seperti jentera pengorek bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan di lokasi-lokasi dilanda banjir.

MRL memberitahu, projek ECRL telah mencadangkan reka bentuk yang optimum dengan mengambil kira aspek teknikal, nilai kejuruteraan dan risiko banjir di kawasan-kawasan tertentu di sepanjang jajaran 665 kilometer (km).

“Pada masa sama, reka bentuk jajaran ECRL telah mengambil kira kadar hujan 100 tahun atau Purata Selang Ulangan (ARI) ditambah dengan Faktor Perubahan Iklim (CCF) dan mengambil kira pembangunan guna tanah di masa hadapan sebanyak 20 peratus seperti mana yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Berdasarkan ini, lintasan laluan air seperti pembentung direka bentuk bagi memastikan laluan air banjir tidak akan menyebabkan banjir teruk di bahagian hulu dan hilir laluan air tersebut. Kesemua reka bentuk ini telah dirujuk kepada pihak JPS untuk kelulusan,” ujarnya.

Oleh demikian, pihak MRL komited dalam memastikan kerja-kerja pembinaan projek ECRL yang sedang berjalan tidak akan menganggu aliran air yang sedia ada dan melaksanakan kerja-kerja mitigasi dalam kadar segera bagi melancarkan aliran air.

“Ini seperti mendalamkan saliran air sedia ada, membuka dan menambah laluan air dan membersihkan saluran air sedia ada bagi mengurangkan risiko banjir,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 23 Disember – Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding...

Jualan kek bento ala Korea meningkat 20 peratus selepas peroleh sijil halal
Ekonomi

Jualan kek bento ala Korea meningkat 20 peratus selepas peroleh sijil halal

NOR Hasheera Hanafi belajar membuat kek daripada ibu mertuanya.PETALING JAYA: Pengusaha bakeri,...

Ekonomi

Langkah interim BNM bantu imbangi kos penjagaan kesihatan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 22 Disember – Langkah interim yang diperkenalkan Bank Negara...

Ekonomi

Pasaran MSM dijangka alami sentimen tidak menentu minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 21 Disember- Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengalami...