Home Ekonomi Pembangunan Ekosistem EV Di Malaysia Perlukan Pemain EV Global Seperti Tesla – Tengku Zafrul
Ekonomi

Pembangunan Ekosistem EV Di Malaysia Perlukan Pemain EV Global Seperti Tesla – Tengku Zafrul

Pembangunan Ekosistem EV Di Malaysia Perlukan Pemain EV Global Seperti Tesla – Tengku Zafrul

Gambar fail

Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Livevartha) –Pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia memerlukan penyertaan pemain EVglobal seperti Tesla, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata strategi kementeriannya (MITI) untuk menarik pelaburan dalam industri automotif adalah bersifat sistematik dan strategik serta tidak terhad kepada Tesla sahaja.

Katanya bagi fasa pertama, MITI menyasarkan untuk memudahkan import kereta EV bagi merancakkan pasaran domestik dengan segera yang akan mewujudkan sekurang-kurangnya 10,000 stesen pengecas untuk kegunaan awam dan penggunaan EV yang tinggi di pasaran Malaysia.

“Apabila kita telah mencapai sasaran tersebut, insya-Allah kita akan berjaya menarik pengeluar EV untuk membangunkan kilang pemasangan atau pembuatan di Malaysia,” katanya ketika dihubungi Livevarthaberhubung isu ini,hari ini.

Dalam fasa kedua, katanya apabila pengeluar EV global membangunkan kilang pemasangan atau pengeluaran di Malaysia, langkah itu akan mendorong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) automotif tempatan untuk meningkatkan kapasiti masing-masing bagi menyokong rantaian bekalan pengeluaran EV global.

Tengku Zafrul berkata ini termasuk dengan membekalkan alat ganti, komponen dan sistem automasi kilang kepada mereka.

“Kita ada kelebihansebab sektor semikonduktor kita telah bertapak di sini selama lebih 50 tahun dan EV menggunakan banyak semikonduktor,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa Tesla sebagai peserta inisiatif Kenderaan Elektrik Bateri Global (BEV) menyokong pembangunan ekosistem EVdi Malaysia dari pelbagai aspek meskipun tidak pernah menyatakan komitmen untuk membuka kilang di negara ini.

Related Articles

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah
Ekonomi

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah

KETUA Pegawai Eksekutif MBSB Group, Rafe Haneef (kiri) bertukar dokumen dengan Dennis...

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi
Ekonomi

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi

SAFWAN Ismail (tujuh kiri) dan Muhamad Zamry Abu Samah (lapan kiri) pada...

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata
Ekonomi

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata

BURSA Malaysia.PETALING JAYA: Rakuten Trade Sdn. Bhd. menyemak turun unjuran FTSE Bursa...

SST beri kesan minimum kepada sektor automotif
Ekonomi

SST beri kesan minimum kepada sektor automotif

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan bermula...