Home Ekonomi Pematuhan sekatan antarabangsa antara cabaran utama industri semikonduktor Malaysia
Ekonomi

Pematuhan sekatan antarabangsa antara cabaran utama industri semikonduktor Malaysia

Gambar hiasan

PULAU PINANG, 2 Mei – Pematuhan terhadap sekatan antarabangsa merupakan salah satu daripada tiga cabaran operasi utama dihadapi oleh syarikat semikonduktor.

Kebimbangan lain termasuk kawalan eksport, teknologi dwiguna, ketelusan rantaian bekalan, serta pemantauan penggunaan akhir dan pengguna akhir.

Dapatan berkenaan diperoleh hasil maklum balas peserta sesi libat urus industri, anjuran bersama Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) dan Deloitte di Pulau Pinang baru-baru ini.

Presiden MSIA, Datuk Seri Wong Siew Hai berkata, industri semikonduktor Malaysia harus mengimbangi antara kepentingan daya saing dan pematuhan untuk berkembang maju di peringkat global.

\”Apabila peraturan perdagangan berubah, kesiapsiagaan juga perlu seiring. Kerjasama dengan Deloitte ini mengukuhkan keupayaan industri untuk memenuhi piawaian global dan kedudukan Malaysia sebagai hab teknologi yang dipercayai dan berpandangan jauh,\’\’ katanya.

Program bertajuk \”Memperkukuh Pematuhan Sekatan dalam Sektor Semikonduktor Global\” itu menghimpunkan pemimpin industri dan pakar pematuhan perdagangan.

Simposium menjadi platform untuk berkongsi pandangan dan membincangkan rejim sekatan antarabangsa yang semakin meningkat serta implikasinya terhadap sektor semikonduktor Malaysia.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...