Home Ekonomi Pelbagai Inisiatif, Dasar Dilaksana Di Bawah Ekonomi MADANI Mula Membuahkan Hasil
Ekonomi

Pelbagai Inisiatif, Dasar Dilaksana Di Bawah Ekonomi MADANI Mula Membuahkan Hasil

Pelbagai Inisiatif, Dasar Dilaksana Di Bawah Ekonomi MADANI Mula Membuahkan Hasil

Pengarah Eksekutif Unit Pantau MADANI, Kementerian Kewangan, Mohd Khalid Mohamed Latiff (kanan) memberi penerangan kepada pengunjung mengenai pencapaian yang ditetapkan dalam Kerangka Ekonomi MADANI pada Program MADANI Rakyat Zon Selatan, di Dataran UTM, Skudai, hari ini.

Oleh Nor Baizura Basri

JOHOR BAHRU, 15 Ogos (Livevartha) — Pelbagai insiatif dan dasar yang dilaksanakan kerajaandi bawah Kerangka Ekonomi MADANI telah mula membuahkan hasil.

Pengarah Eksekutif Unit Pantau MADANI, Kementerian Kewangan (MOF)Mohd Khalid Mohamed Latiff berkata kejayaanpelaksanaannya telahmembukabanyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi sertameningkatkan pendapatan rakyat, sekaligus memacu ke arah ekonomi negara yang mapan.

Justeru, katanya, menerusi Program MADANI Rakyat Zon Selatan 2024 yang bermula hari ini, beliau berharap agar dapat memberi kefahaman kepada rakyat mengenai segala usaha kerajaanterutamanya di bawah Ekonomi MADANI.

"Kita hendak memaparkan pencapaian setahun Ekonomi MADANI. Untuk setahun ini, apa yangkerajaan telah lakukan. Antaranya Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030),Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) sertabanyak lagi inisiatif serta dasarkerajaan yang telah dilaksanakan.

"Dan semua ini turut memberi penekanan kepada teknologi tinggi dan inovasi serta meningkatkan daya saing industri kita di peringkat global," katanya kepada Livevartha ketika ditemui di reruai Kementerian Kewangan sempena program tiga hari tersebut di Dataran UTM, Skudai, di sini.

Selain itu, Mohd Khalid berkata peranan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), dilihat turut memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi.

Bagaimanapun, katanya,penekanan harus diberikan kepada pelaburan dalam sektor tumpuan dalam Kerangka Ekonomi MADANI.

Minggu lepas, Kementerian Kewangan telahmengumumkan program GEAR-uP, denganfasa pertama melibatkanenam GLIC yang memberi komitmen secara kolektif untuk melabur dana berjumlah RM120 bilion bagi tujuan pelaburan langsung domestik (DDI) dalam tempoh lima tahun akan datang, di samping pelaburandalam pasaran modal awam bernilai RM440 bilion.

Related Articles

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022
Ekonomi

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022

PETALING JAYA: Purata gaji dan upah bulanan pekerja pada 2022 adalah sebanyak...

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau
Ekonomi

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau

MOHD. Muazzam Mohamed (tiga dari kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk...

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam
Ekonomi

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam

PROJEK LRT Pulau Pinang adalah projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan...

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E
Ekonomi

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E

PETALING JAYA: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan sekadar...