Saturday , 1 February 2025
Home Ekonomi Pelarasan Berperingkat Kepada Gaji Minimum Tawar Pendekatan Seimbang Terhadap Kesejahteraan Pekerja, Perniagaan – FMM
Ekonomi

Pelarasan Berperingkat Kepada Gaji Minimum Tawar Pendekatan Seimbang Terhadap Kesejahteraan Pekerja, Perniagaan – FMM

Pelarasan Berperingkat Kepada Gaji Minimum Tawar Pendekatan Seimbang Terhadap Kesejahteraan Pekerja, Perniagaan – FMM

Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Tan Sri Soh Thian Lai (Gambar fail)

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Livevartha) — Pelarasan secara berperingkat kepada gaji minimum adalah lebih berdaya maju dan terkawal untuk industri berikutan ia menawarkan pendekatan yang seimbang dalam meningkatkan kesejahteraan pekerja tanpa memberikan beban kewangan yang tinggi kepada perniagaan,menurut Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai berkata pelarasan secara berperingkat akan membantu mengelakkejutan terhadap perniagaan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), yang mungkin tidak mempunyai fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh yang tinggi.

“Langkah itu juga akan membolehkan perniagaan membuat penyesuaian secara berperingkat, melaksanakan pelarasan yang diperlukan dalam struktur kos, operasidan produktiviti mereka.

“Perniagaan juga akan dapat mengekalkan kemampanan tanpa menggunakan langkah drastik seperti memberhentikan pekerja atau menaikkan harga untuk menampung kos tambahan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, katanya perniagaan dapat mengurangkan tekanan inflasi dengan pelarasan secara berperingkat berikutan kenaikan gaji yang mendadak boleh membawa kepada tekanan inflasidan perniagaan mungkin perlu memindahkan kenaikan kos itu kepada pengguna.

Menurut FMM, kenaikan mendadak kepada RM2,000 yang dicadangkan oleh banyak kumpulan mewakili peningkatan segera sebanyak 33 peratuspada gaji pokok, yang akan memberi kesan kepadakeseluruhan kos gaji.

Soh berkata industri berpendapat kenaikan mendadak seperti itu akan memberi impak yang tidak diingini ke atas ekonomi dan kemampanan perniagaan, dengan PMKS menyumbang 96.9 peratus daripada keseluruhan pertubuhan di Malaysia (data 2023).

Pada masa yang sama, katanya ekonomi akan mencatatkan aliran keluar bulanan segera hampir RM800 juta berikutan penghantaran balik dana oleh pekerja asing (berdasarkan 1.6 juta pekerja asing yang sah), tanpa impak positif langsung kepada ekonomi tempatan.

Bagaimanapun, Soh berkata FMM menyokong semakan semula gaji minimum.

Related Articles

Sektor perkhidmatan tunjang ekonomi negara
Ekonomi

Sektor perkhidmatan tunjang ekonomi negara

PETALING JAYA: Persidangan Perkhidmatan 2025 menekankan kepentingan sektor perkhidmatan sebagai tunjang ekonomi...

Jumlah TIV  dijangka menurun 7% tahun ini
Ekonomi

Jumlah TIV  dijangka menurun 7% tahun ini

KENDERAAN jenama nasional dijangka akan mengekalkan dominasi, meraih anggaran 64.5 peratus pegangan...

DeepSeek bantu tingkat kecekapan perkhidmatan, R&D
Ekonomi

DeepSeek bantu tingkat kecekapan perkhidmatan, R&D

PETALING JAYA: Syarikat pemula dari China, DeepSeek yang melancarkan model kecerdasan buatan...

Harga emas dijangka terus naik sehingga penghujung 2025
Ekonomi

Harga emas dijangka terus naik sehingga penghujung 2025

ANCAMAN tarif daripada AS merupakan antara faktor utama yang melonjakkan harga emas...