Home Ekonomi Pelaksanaan PuTERA35 Dipantau Majlis Ekonomi Bumiputera – Kementerian Ekonomi
Ekonomi

Pelaksanaan PuTERA35 Dipantau Majlis Ekonomi Bumiputera – Kementerian Ekonomi

Pelaksanaan PuTERA35 Dipantau Majlis Ekonomi Bumiputera – Kementerian Ekonomi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.
PuTERA35 diperkenalkan hari ini sebagai anjakan besar dalam membawa pembangunan Bumiputera ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi serantau.
–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA, 19 Ogos (Livevartha) — PelaksanaanPelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35)akan dipantau sepenuhnya oleh Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Kementerian Ekonomi, pelaporan dan pemantauan secara sistematik dan bersepadu melalui dashboard akan membolehkan penilaian yang lebih menyeluruh serta langkah intervensi dapat diambil dengan segera.

“Peranan Unit Pemerkasaan Agenda Bumiputera (UPAB) di semua kementerianjuga akan diperkasa dan diberi tanggungjawab untuk membuat pelaksanaan dan pemantauan Ikhtiar secara rapi pada peringkat kementerian dan agensi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PuTERA35 yang diluncurkanoleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan hari ini disokong oleh tiga teras, 12 pemacu dan 132 ikhtiaryang komprehensif, berani,berpandangan jauh danlebih inklusif serta merupakan anjakan besar dalam membawa pembangunan bumiputera ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi serantau.

Tiga teras yang digariskan dalam PuTERA35 adalahmemperkukuh pasak ekonomi negara, memperteguh kerukunan tatakelola dan institusi serta menegakkan keadilan sosial.

“Langkah strategik melalui PuTERA35 ini yang turut melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitankerajaan (GLIC) dan syarikat swasta bukan sahaja akan memberi manfaat langsung kepada negara dan bumiputera, malah kumpulan minoriti bukan bumiputera yang memerlukan tanpa meminggirkan mana-mana pihak,” kata kenyataan itu.

Kementerian berkata pelaksanaan PuTERA35 memerlukan jangka masa yang berbeza, merentas tempoh 10 tahun sehingga 2035.

Menurut kenyataan itu, antara matlamat pelan ini adalah membangunkan bumiputera yang dinamik dan futuristik; menetapkansasaran yang lebih jelas bagi pengukuran tahap penyertaan, pemilikan dan penguasaan ekonomi bumiputera; dan membangunkan mekanisme pemantauan yang lebih berkesan, kata kenyataan itu.

Sementara itu, Kementerian Ekonomi berkata kerajaan menyasarkan sumbangan perusahaan bumiputera kepadaKeluaran Dalam NegaraKasar (KDNK) meningkat daripada 8.1 peratus pada 2022 kepada 15 peratus pada 2035.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...