Home Ekonomi Pelaburan diluluskan cecah RM329.5 bilion, peningkatan 23 Peratus pada 2023
Ekonomi

Pelaburan diluluskan cecah RM329.5 bilion, peningkatan 23 Peratus pada 2023

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 12 November – Sektor perkhidmatan, perkilangan dan utama menyaksikan jumlah pelaburan diluluskan meningkat sebanyak 23 peratus pada tahun 2023, dengan nilai keseluruhan RM329.5 bilion, tertinggi dalam sejarah melibatkan 5,101 projek.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata daripada jumlah itu, pelaburan asing menyumbang RM188.4 bilion atau 57.2 peratus, manakala pelaburan domestik menyumbang baki RM141.1 bilion.

“Momentum ini diteruskan dalam separuh pertama tahun 2024 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM160 bilion yang diluluskan untuk sektor perkhidmatan, perkilangan dan utama, melibatkan 2,948 projek.

\”Prestasi ini adalah 18 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama pada tahun 2023. Daripada jumlah tersebut, pelaburan asing (FI) menyumbang RM74.6 bilion (46.6 peratus), manakala RM85.4 bilion (53.4 peratus) disumbangkan oleh pelaburan domestik,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun, di Dewan Rakyat, di sini.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...