Home Ekonomi Pelaburan AWS Di Malaysia Bukti Keyakinan Terhadap Ekonomi MADANI- PM Anwar
Ekonomi

Pelaburan AWS Di Malaysia Bukti Keyakinan Terhadap Ekonomi MADANI- PM Anwar

Pelaburan AWS Di Malaysia Bukti Keyakinan Terhadap Ekonomi MADANI- PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Livevartha) — Pelaburan jangka panjang oleh Amazon Web Services (AWS), anak syarikat Amazon.com Inc,menunjukkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan dan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Melalui akaun media sosial X beliau,Anwar mengalu-alukan AWS ke Malaysia serta negara teruja dengan potensi pelaburan baharu ini dan inovasi daripada pemindahan dan pembelajaran teknologi.

Semalam,AWS melancarkan wilayah infrastrukturAWS Wilayah Asia Pasifik (Malaysia) dan merancang pelaburan kira-kira US$6.2 bilion (kira-kira RM29.2 bilion) di Malaysia sehingga 2038.

Menurut syarikat itu dalamkenyataan,pemaju,syarikatpemulaniaga,usahawan,perusahaan,kerajaan, pendidikan dan pertubuhan bukan berkeuntungan akan mempunyai pilihan lebih luas dalam mengendalikan aplikasi selain berkhidmat kepada pengguna dari pusat data AWS di Malaysia.

Anwar, yang juga Menteri Kewanganberkata pelaburan AWS merupakan antara pelaburan terbesar yang dibuat oleh syarikat teknologi global di Malaysia.

“Ini susulan beberapa pelaburan lain yang telah diumumkan sejak Disember 2023 oleh peneraju teknologi global seperti NVIDIA, Google, Microsoft, Infineon dan banyak lagi.

“Pelaburan ini adalah pengiktirafan terhadap kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI dalam mewujudkan dan merangka persekitaran pelaburan yang menarik, terbuka dan telus,” kata beliau.

Sebagai sebahagian daripada hubungan baharu ini, Anwar berkata AWS telah menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Awan dengan kerajaan untuk meningkatkan penggunaan teknologi awan dalam sektor awam.

Daripada pengumuman oleh AWS, beliau berkata syarikat teknologi awan global itu akan melabur dalam pembinaan pusat data fizikal di Malaysia, menjadikannegara antara 34 wilayah dalam peta infrastruktur global Amazon.

Related Articles

ASEAN perlu pelan ekonomi seperti RMK, perkasa blok serantau
Ekonomi

ASEAN perlu pelan ekonomi seperti RMK, perkasa blok serantau

SUASANA sekitar Persidangan ASEAN-GCC 2025, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini...

Petronas Dagangan raih untung RM293.5 juta pada suku pertama 2025
Ekonomi

Petronas Dagangan raih untung RM293.5 juta pada suku pertama 2025

AZRUL OSMAN RANIPETALING JAYA: Petronas Dagangan Berhad (Petronas Dagangan) mencatatkan keuntungan bersih...

ASNB lancar Kempen Labur & Level-Up, tawar hadiah keseluruhan RM1.18 juta
Ekonomi

ASNB lancar Kempen Labur & Level-Up, tawar hadiah keseluruhan RM1.18 juta

FADZIHAN (tengah) bersama para pemenang Kempen #SimpanJe & Menang dan Kempen Seikhlas...

Sidang Kemuncak ASEAN berpotensi jana RM300 bilion FDI
Ekonomi

Sidang Kemuncak ASEAN berpotensi jana RM300 bilion FDI

PETALING JAYA: Sidang Kemuncak ASEAN berpotensi menarik sehingga RM300 bilion pelaburan langsung...