Home Ekonomi Pelaburan Amazon Web Services Buktikan Banyak Tawaran Menarik Oleh Malaysia – Ahli Ekonomi
Ekonomi

Pelaburan Amazon Web Services Buktikan Banyak Tawaran Menarik Oleh Malaysia – Ahli Ekonomi

Pelaburan Amazon Web Services Buktikan Banyak Tawaran Menarik Oleh Malaysia – Ahli Ekonomi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 24Ogos (Livevartha) — Pelaburan terkini oleh Amazon Web Services (AWS) membuktikan Malaysia mempunyai banyak peluang untuk ditawarkan, melangkaui insentif cukai, kepada perniagaan asing, kata pakar ekonomi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata lokasi strategik, infrastruktur, kumpulan bakat dan dasar properniagaan adalah antara tarikan utama Malaysia.

Beliau berkata semua ini menjadikan kerajaan tidak perlu terlalu bergantung kepada insentif cukai untuk menarik pelabur dan perniagaan asing.

“Sehubungan itu, jenis pelaburan yang masuk perlu dipelbagaikan dengan baik. Cara terbaik, kerajaan perlu mengelak penumpuan sektor yangberlebihan kerana ini menyebabkan negara terdedah kepada perubahan mendadak dalam gelombang pelaburan,” katanya kepada Livevartha.

Pada Khamis, AWS mengumumkan pelaburan bernilai US$6.2 bilion (RM29.2 bilion) di Malaysia sebagai sebahagian daripada komitmen jangka masa panjangnya sehingga 2038.

Pelaburan itu mengiringi pelancaran AWS Wilayah Asia Pasifik (Malaysia), menyediakan pilihan lebih luas kepada pembangun, syarikat pemula niaga, usahawan dan perusahaan di Malaysia untuk mengendalikan aplikasi dan memberi perkhidmatan kepada pengguna akhir dari pusat data AWS di negara ini.

Pembinaan dan operasi AWS Wilayah baharu itu dijangkakan menambah kira-kira US$12.1 bilion (RM57.3 bilion) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan akan menyokong purata tahunan lebih 3,500 pekerjaan sepenuh masa sehingga 2038.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai sebahagian daripada hubungan baharu itu, AWS telah menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Awan dengan kerajaan untuk meningkatkan penggunaan teknologi awan dalam sektor awam.

Related Articles

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan
Ekonomi

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan

MOHAMMAD Helmi Harith menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran MYTV Mana Mana...

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen
Ekonomi

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen

PMCK membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa.KUALA LUMPUR: PMCK Berhad (PMCK),...

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah
Ekonomi

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah

CHEE Siew Pin (kanan) bersama Robbie Blackwood ketika gimik pelancaran Kempen Traverse...

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 
Ekonomi

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 

ZHANG Qiang (kanan) dan Lim Hun Teik bertukar dokumen perjanjian MoU antara...