Home Ekonomi Pelaburan AI, infrastruktur digital dorong sektor hartanah pada separuh kedua 2025
Ekonomi

Pelaburan AI, infrastruktur digital dorong sektor hartanah pada separuh kedua 2025

Pelaburan AI, infrastruktur digital dorong sektor hartanah pada separuh kedua 2025

PASARAN hartanah dijangka terus kukuh pada separuh kedua 2025.- GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Pasaran hartanah Malaysia dijangka mengekalkan prestasi kukuh pada separuh kedua 2025, di dorong pelaburan dalam kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur digital, menurut Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI.

Kashif Ansari berkata, lebih RM57 bilion telah diperuntukkan untuk pusat data, dengan jumlah pelaburan keseluruhan mencecah RM149 bilion yang mencerminkan keyakinan pelabur yang berterusan.  

“Kedua, pelaburan langsung asing (FDI) serta penyertaan strategik Malaysia dalam BRICS dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan menyokong pasaran hartanah komersial.  

“Bagi sektor kediaman, kami menjangkakan kenaikan harga sehingga tiga peratus pada 2025, peningkatan bekalan rumah baharu, serta peningkatan berterusan dalam jumlah transaksi.  

“Wilayah selatan, terutamanya kawasan yang mempunyai hubungan rentas sempadan yang kukuh dengan Singapura, akan menyaksikan permintaan tinggi apabila syarikat dan pengguna mula memanfaatkan rangkaian pengangkutan baharu serta insentif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura,” katanya dalam kenyataan. 

Jelasnya, zon ekonomi khas itu akan mengukuhkan lagi hubungan Malaysia dengan pelabur terbesarnya, sekali gus merangsang aktiviti ekonomi lebih ketara berbanding perjanjian dengan negara lain. 

“Singapura merupakan penyumbang terbesar FDI ke Malaysia. Walaupun statistik 2024 masih belum tersedia, Singapura menduduki tempat teratas pada 2023 dengan pelaburan RM22.6 bilion, iaitu 28 peratus lebih tinggi berbanding Hong Kong (RM17.5 bilion) dan Jepun (RM5.5 bilion),” ujarnya. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, sektor industri Malaysia terus menunjukkan pertumbuhan pesat. 

“Nilai transaksi industri meningkat 22 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2024, mencecah RM7.2 bilion. Pertumbuhan transaksi industri tertumpu di Johor, Lembah Klang, dan Pulau Pinang. 

“Permintaan tinggi terhadap gudang dan pusat pengedaran didorong oleh perkembangan pesat Malaysia sebagai hab pengedaran serantau. 

“Sektor e-dagang juga berkembang pesat, dengan nilai kasar dagangan (GMV) e-dagang meningkat 16 peratus pada 2024 kepada RM139.55 bilion (AS$31 bilion).

“Aktiviti membeli-belah yang rancak di Malaysia telah meningkatkan permintaan untuk gudang dan kemudahan pengedaran,” katanya. 

Selain itu, Kashif berkata, pasaran hartanah kediaman juga dijangka terus berkembang pada tahun ini, memandangkan nilai transaksi kediaman meningkat 10.4 peratus pada 2024, mencecah RM28.74 bilion pada suku ketiga.  

“Transaksi kediaman merangkumi 50 peratus daripada keseluruhan transaksi hartanah, meningkat daripada 46 peratus pada separuh pertama tahun ini. 

“Sebahagiannya didorong oleh peningkatan bekalan baharu, dengan 10 peratus lebih banyak rumah baharu disiapkan. 

“Industri ini juga hampir tiga kali ganda meningkatkan jumlah pembinaan rumah baharu berbanding tahun sebelumnya.  

“Walaupun terdapat pembinaan baharu, permintaan yang kukuh menyebabkan hartanah siap tidak terjual turun ke paras terendah sejak 2017, dengan 21,968 unit tidak terjual pada suku ketiga,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...