Home Ekonomi Pelabur Asing Tingkatkan Belian Ekuiti Domestik Bernilai RM1.4 Bilion Minggu Lepas
Ekonomi

Pelabur Asing Tingkatkan Belian Ekuiti Domestik Bernilai RM1.4 Bilion Minggu Lepas

Pelabur Asing Tingkatkan Belian Ekuiti Domestik Bernilai RM1.4 Bilion Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 26 Ogos(Livevartha) –Pelabur asing kekal sebagai pembeli aktif minggu lepas dengan merekodkan pembelian bersih ekuiti domestik bernilai RM1.4 bilion, hampir lima kali ganda daripada RM299.6 juta yang dibeli pada minggu sebelumnya, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

Menerusi laporan aliran dana bagiminggu berakhir 23 Ogos 2024, MIDF berkata pelabur asing adalah pembeli bersih pada setiap hari dagangan kecuali Jumaat, dengan aliran masuk asing bersih terbesar berjumlah RM574.9 juta pada Isnin, apabila Malaysia mengumumkan eksportnya melonjak pada kadar terpantas hampir dua tahun.

Eksport Malaysia mencecah RM131.2 bilion pada Julai 2024, peningkatan 12.3 peratus tahun ke tahun.

MIDF berkata terdapat penjualan ekuiti domestik bernilai RM1.6 juta pada Jumaat minggu lepas selepas pembelian bersih selama empat hari berturut-turut.

“Sektor yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM1.30 bilion), utiliti (RM118.9 juta)dan telekomunikasi serta media (RM54.8 juta).

“Sementara itu, sektor dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah teknologi (RM140.2 juta), produk pengguna dan perkhidmatan(RM50.2 juta) dan hartanah (RM25.9 juta),” katanya dalam laporan itu.

Bagi pelabur institusi tempatan pula, MIDF berkata mereka adalah penjual bersih setiap hari dagangan, terus menjual ekuiti domestik untuk minggu kedua berturut-turut dengan nilai jualan bersih RM1.12 bilion.

Sementara itu, peruncit tempatan hanya merekodkan pembelian bersih bernilai RM78.2 juta pada Jumaatdan mereka menjual bersih sejumlah RM284.4 juta pada minggu itu.

Purata jumlah dagangan harian menunjukkan peningkatan merentas semua kelas pelabur.

Related Articles

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022
Ekonomi

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022

PETALING JAYA: Purata gaji dan upah bulanan pekerja pada 2022 adalah sebanyak...

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau
Ekonomi

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau

MOHD. Muazzam Mohamed (tiga dari kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk...

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam
Ekonomi

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam

PROJEK LRT Pulau Pinang adalah projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan...

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E
Ekonomi

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E

PETALING JAYA: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan sekadar...