Home Ekonomi Pelabur asing jual ekuiti RM330.5 juta minggu lalu
Ekonomi

Pelabur asing jual ekuiti RM330.5 juta minggu lalu

Pelabur asing jual ekuiti RM330.5 juta minggu lalu

PETALING JAYA: Pelabur asing meneruskan aliran jualan untuk minggu ke-26 berturut-turut, dengan aliran keluar bersih sebanyak RM330.5 juta, jauh lebih rendah berbanding RM1.97 bilion pada minggu sebelumnya, menurut MIDF Research. 

Firma penyelidikan itu berkata, pelabur asing adalah penjual bersih pada setiap hari dagangan kecuali hari Jumaat, yang mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM39.9 juta.

“Aliran keluar tertinggi berlaku pada hari Rabu (RM153.6 juta).

“Hari-hari lain mencatatkan aliran keluar antara RM16.2 juta hingga RM120.6 juta. Aliran masuk bersih pada hari Jumaat mengakhiri lima hari berturut-turut aliran keluar,” katanya dalam nota aliran tunai hari ini. 

MIDF Research berkata, sektor yang mencatat aliran masuk bersih pelabur asing tertinggi iaitu telekomunikasi dan media (RM119.5 juta), produk dan perkhidmatan pengguna (RM34.4 juta), hartanah (RM2.45 juta). 

“Sektor dengan aliran keluar bersih pelabur asing tertinggi iaitu, perkhidmatan kewangan(-RM96.6 juta), teknologi(-RM87.0 juta) dan pembinaan (-RM80.8 juta),” katanya. 

Sementara itu, institusi tempatan meneruskan trend belian bersih untuk minggu ke-26, dengan aliran masuk sebanyak RM356.2 juta.

“Pelabur runcit pula menamatkan dua minggu berturut-turut belian bersih, menjadi penjual bersih dengan aliran keluar sebanyak RM25.7 juta.

Purata jumlah dagangan harian (ADTV) menurun secara menyeluruh iaitu pelabur asing sebanyak  48.7 peratus, institusi tempatan sebanyak 56.7 peratus manakala, pelabur runcit 47.2 peratus. – UTUSAN

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...