Home Ekonomi Pelabur asing beli RM798.3 juta ekuiti tempatan untuk minggu lalu
Ekonomi

Pelabur asing beli RM798.3 juta ekuiti tempatan untuk minggu lalu

Pelabur asing beli RM798.3 juta ekuiti tempatan untuk minggu lalu

BURSA Malaysia

PETALING JAYA: Pelabur asing terus membeli bersih ekuiti di Malaysia untuk minggu keempat berturut-turut dengan jumlah keseluruhan RM798.3 juta pada minggu lalu, kata MIDF Research. 

Menurut Laporan Aliran Dananya Minggu berakhir 6 September 2024, aliran masuk terbesar berlaku pada hari Rabu, dengan jumlah RM286.0 juta, sebelum Bank Negara Malaysia  (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) seperti yang dijangkakan. 

Jelas MIDF, keputusan itu susulan mesyuarat dua hari Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) mengekalkan OPR pada 3.0 peratus didorong pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan inflasi yang stabil.

“Terdapat tiga sektor utama yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi adalah perkhidmatan kewangan (RM743.2 juta), utiliti (RM405.1 juta) dan penjagaan kesihatan (RM113.6 juta).

“Sementara itu, tiga sektor utama dengan aliran keluar asing bersih tertinggi adalah produk dan perkhidmatan pengguna (RM193.8 juta), produk dan perkhidmatan industri (RM116.0 juta) dan teknologi (RM68.4 juta).” katanya. 

Firma penyelidikan itu berkata, institusi tempatan menjual secara bersih untuk minggu keempat berturut-turut, jumlah RM960.5 juta, manakala peruncit tempatan adalah pembeli bersih dengan jumlah RM162.2 juta.

“Purata jumlah dagangan harian (ADTV) menunjukkan penurunan di kalangan peruncit tempatan (14.6 peratus), institusi tempatan (18.3 peratus) dan pelabur asing (35.8 peratus),” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Catcha Digital optimis catat pertumbuhan organik dua digit tahun ini
Ekonomi

Catcha Digital optimis catat pertumbuhan organik dua digit tahun ini

ERIC TANPETALING JAYA: Catcha Digital Berhad optimis untuk mencatatkan pertumbuhan organik dua...

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah
Ekonomi

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah

KETUA Pegawai Eksekutif MBSB Group, Rafe Haneef (kiri) bertukar dokumen dengan Dennis...

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi
Ekonomi

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi

SAFWAN Ismail (tujuh kiri) dan Muhamad Zamry Abu Samah (lapan kiri) pada...

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata
Ekonomi

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata

BURSA Malaysia.PETALING JAYA: Rakuten Trade Sdn. Bhd. menyemak turun unjuran FTSE Bursa...