Home Ekonomi Pelabur Asing Beli Ekuiti RM242.1 Juta Di Bursa Malaysia Minggu Lepas
Ekonomi

Pelabur Asing Beli Ekuiti RM242.1 Juta Di Bursa Malaysia Minggu Lepas

Pelabur Asing Beli Ekuiti RM242.1 Juta Di Bursa Malaysia Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Livevartha) — Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia dengan menyalurkan dana berjumlah RM242.1 jutake dalam ekuiti tempatanminggu lepas, selepas tempohpengambilan untung padaminggu sebelumnya, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Menerusi laporan aliran dana mingguan pada Isnin, bank pelaburan itu menjelaskan pelabur asing memulakan minggu lepassebagai penjual bersih apabila menjual ekuiti tempatan bernilai RM17.2 juta.

Bagaimanapun, mereka bertukar menjadi pembeli bersih untuk baki tempoh minggu lepasdengan aliran masuk bersih paling kukuh bernilaiRM120.7 juta padaRabu.

“Tiga sektor teratas yang yang mencatatkan belian bersih daripada pelabur asing ialah perkhidmatan kewangan (RM417.9 juta), pembinaan (RM128.1 juta) serta telekomunikasi dan media (RM49.8 juta).

“Tiga sektor teratas yang merekodkan jualan bersiholeh pelabur asing pulaialah teknologi (RM118.8 juta), utiliti (RM83.8 juta), serta produk dan perkhidmatan pengguna (RM71.7 juta)," katanya.

Sementara itu, MIDF Amanah memaklumkan institusi tempatan menjual ekuiti domestik bernilai RM363.1 juta minggu lepas, selepas melakukanbelian bersih pada minggu sebelumnya.

Mereka membeli bersihRM35.5 juta pada Isnin dan RM7.3 juta pada Khamis.

Bagaimanapun, mereka ialah penjual bersih untuk hari lain minggu lepas dengan hari jualan bersihpaling ketara padaJumaat iaitu RM199.9 juta.

“Peruncit tempatan membeli bersih RM121.0 juta bagiminggu kedua berturut-turut. Mereka menjual bersih pada Isnin dan Khamis, masing-masing pada RM18.3 juta danRM17.6 juta,” menurut bank pelaburan itu.

Related Articles

Penggabungan Affin-AMMB jejaskan pemegang saham sedia ada
Ekonomi

Penggabungan Affin-AMMB jejaskan pemegang saham sedia ada

PETALING JAYA: CIMB Securities menjangkakan sebarang kemungkinan penggabungan antara Affin Bank Bhd....

Public Bank catat untung RM1.75 billion
Ekonomi

Public Bank catat untung RM1.75 billion

TAY AH LEKPETALING JAYA: Kumpulan Public Bank mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi...

Hektar REIT nilai semula portfolio, sasar pulangan lebih baik
Ekonomi

Hektar REIT nilai semula portfolio, sasar pulangan lebih baik

KUALA LUMPUR: Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT) merangka strategi proaktif...

MBSB umum kemudahan pembiayaan RM1 bilion dalam sektor aeroangkasa
Ekonomi

MBSB umum kemudahan pembiayaan RM1 bilion dalam sektor aeroangkasa

RAFE HANEEFPETALING JAYA: Kumpulan MBSB mengumumkan kemudahan pembiayaan berjumlah RM1 bilion bagi...