Home Ekonomi Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global
Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan tekanan terhadap rantaian bekalan global, syarikat-syarikat semikonduktor utama Amerika Syarikat yang diwakiliPersatuan Industri Semikonduktor (SIA) kekal komited untuk terus melabur di Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata perkara itu dizahirkan dalam satu pertemuan strategik bersama pemimpin industri dan penggubal dasar AS, termasuk wakil SIA, di Washington D.C.

Ujarnya, pertemuan itu turut memperkukuh misi Malaysia untuk muncul sebagai pemain utama dalam industri semikonduktor dan teknologi tinggi global, selari dengan pelaksanaan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030).

“MITI komited menjadikan Malaysia sebagai hab pelaburan yang mampan, progresif dan berteraskan kerjasama ekonomi dua hala yang saling menguntungkan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...