Saturday , 22 February 2025
Home Ekonomi Pegangan asing bon Malaysia cecah RM279.1 bilion pada Julai – MIDF Amanah
Ekonomi

Pegangan asing bon Malaysia cecah RM279.1 bilion pada Julai – MIDF Amanah

Pegangan asing bon Malaysia cecah RM279.1 bilion pada Julai – MIDF Amanah

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Livevartha) — Pegangan asing ke atas bon Malaysia meningkat kepada RM279.1 bilion pada Julai 2024 daripada RM271.3 bilion pada Jun 2024, menjadi jumlah tertinggi dalam tempoh sejak November 2023, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Menerusi ulasan pendapatan tetap mingguan, bank pelaburan itu menjelaskan peningkatan sebanyak RM7.8 bilion tersebut menandakan kenaikan bulanan paling ketara dalam setahun, menjadikan aliran masuk asing terkumpul ke dalam pasaran bon Malaysia bagi tempoh tujuh bulan tahun iniadalah RM8.7 bilion.

“Pegangan asing melonjak kepada 22.1 peratus atau RM265.4 bilion pada Julai 2024 daripada jumlah bon kerajaan terkumpul. Ini merupakan yang tertinggi dalam tempoh tujuh bulan namun kekal di bawah paras sebelum pandemik (purata 2019: 23.1 peratus),” tambahnya.

MIDF Amanah memaklumkan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) berjangka 10 tahun yang menjadi penanda aras susut 15 mata asas kepada 3.72 peratus pada Julai 2024 daripada 3.87 peratus pada Jun 2024.

Secara amnya, aliran hasil MGS 10 tahun menunjukkan penurunan sepanjang Julai, dengan paras tertinggi bulananadalah 3.88 peratus yang dicatatkan pada awal bulan.

“Kami mengekalkan sasaran MGS 10 tahun kami pada 3.68 peratus buat masa ini. Kami mengakui hasil 10 tahun mungkin mengakhiri tahun ini dengan prestasi lebih rendah berbanding sasaran akhir tahun kami disebabkan aliran masuk asing yang lebih pantas ke dalam pasaran bon domestik.

“Oleh itu, kami mungkin menyemak sasaran akhir tahun kami tidak lama lagi jika petunjuk makroekonomi menandakan kenaikan kukuh berterusan bagi pasaran bon,” jelas bank pelaburan itu.

Sementara itu, terbitan baharu MGS dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) kekal stabil pada RM15.0 bilion bagi Julai 2024, dengan tiga lelongan berjumlah RM13.0 bilion.

Nisbah bida kepada terbitan purata adalah baik iaitu pada 2.49 kali, meningkat daripada 2.40 kali pada Jun 2024, dan terbitan swasta berjumlah RM2.0 bilion.

Related Articles

Untung bersih PCG jatuh kepada RM1.17b pada 2024
Ekonomi

Untung bersih PCG jatuh kepada RM1.17b pada 2024

PETRONAS ChemicalsPETALING JAYA: Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) melaporkan penurunan untung bersih...

Ringgit dijangka berada pada RM4.36 minggu hadapan 
Ekonomi

Ringgit dijangka berada pada RM4.36 minggu hadapan 

RINGGIT ditutup positif pada 4.4150/4200 berbanding dolar AS pada sesi dagangan akhir...

MISC catat kerugian bersih RM446.2 juta pada suku keempat
Ekonomi

MISC catat kerugian bersih RM446.2 juta pada suku keempat

MISC mencatatkan kerugian bersih pada suku keempat berikutan hasil yang lebih rendah...

Ekonomi

UM, Basis Bay jalin kerjasama tawar Sijil Asasi Pusat Data

Foto RTMPETALING JAYA, 21 Februari – Universiti Malaya (UM) dan syarikat teknologi...