Home Ekonomi Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Ekonomi

Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 5 Ogos(Livevartha) — Prestasi merudum yang merentasipasaran saham serantau turutmengheret turun Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, didahuluisaham-saham teknologi berikutan kebimbangan berlakunya kemelesetan di Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Sentimen negatif menular disemua pasaran serantau dengan asakan paling teruk di pasaran Nikkei 225 Jepun yang menjunam lebih4,000 mata atau 12 peratus.

Pada 5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 74.57 mata atau 4.62 peratus kepada 1,536.48 daripada 1,611.05 pada Jumaat.

Indeks penanda aras itu dibuka turun17.69 mata kepada 1,593.36– paling ketara hari ini sebelum susut serendah1,532.24 pada sesi dagangan tengah hari.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 1,658 berbanding83 manakala 131 kaunter tidak berubah, 533 tidak diniagakan dan lapan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan melonjakkepada 9.26 bilion unit bernilai RM7.97 bilion daripada 5.17 bilion unit bernilai RM3.98 bilion pada Jumaat.

Paras jumlah dagangan tertinggi sebelum ini adalah12.66 bilion pada 17 Mac, 2021.

NaibPresiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata walaupun tanda-tanda ekonomi AS yang kurang memberangsangkan itudijangkakan, ini tidak diendahkan sebahagian besar komuniti pelaburan yang sebaliknya menumpukan rekod Wall Street sejak awal tahun ini.

Related Articles

Untung bersih JPG naik kepada RM75.9j pada suku pertama
Ekonomi

Untung bersih JPG naik kepada RM75.9j pada suku pertama

LEMBAGA Pengarah JPG telah mengisytiharkan dividen interim sebanyak 1.00 sen sesaham bagi...

Bursa Malaysia ditutup negatif, turun 15.61 mata
Ekonomi

Bursa Malaysia ditutup negatif, turun 15.61 mata

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup negatif pada 1,556.14 hari ini, susut 15.61...

PNB bayar agihan pendapatan RM14.5 bilion tahun lalu
Ekonomi

PNB bayar agihan pendapatan RM14.5 bilion tahun lalu

TAN SRI RAJA ARSHAD RAJA TUN UDAPETALING JAYA: Permodalan Nasional Berhad (PNB)...

Johor optimis catat nilai pelaburan lebih RM50 bilion akhir tahun ini
Ekonomi

Johor optimis catat nilai pelaburan lebih RM50 bilion akhir tahun ini

ONN HAFIZ GHAZI – Gambar failKUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Johor optimis mencatat...