Home Ekonomi Pasaran saham dijangka dalam mod berhati-hati tahun ini
Ekonomi

Pasaran saham dijangka dalam mod berhati-hati tahun ini

Pasaran saham dijangka dalam mod berhati-hati tahun ini

PETALING JAYA: Pasaran saham dijangka didagangkan dalam mod berhati-hati pada tahun ini, setelah mengakhiri 2024 dengan prestasi tawaran awam permulaan (IPO) terbaik dalam hampir dua dekad, mengatasi semua bursa ASEAN yang lain.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid bagaimanapun berkata, dari sudut pandang syarikat terdapat keperluan untuk meraih dana pembiayaan daripada pasaran saham disebabkan jangkaan peningkatan di dalam pelaburan swasta. 

“Sebaiknya, dana pembiayaan yang diraih perlu mempunyai pelbagai sumber seperti sumber dana dalaman, pinjaman dari pihak bank terbitan sukuk atau bon dan terbitan saham IPO yang mana ia dapat mengoptimumkan struktur modal syarikat. 

“Dengan struktur modal yang lebih optimum, syarikat-syarikat boleh membuat pelaburan jangka panjang yang boleh meningkatkan nilai syarikat mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Justeru, Mohd. Afzanizam berkata, syarikat yang telah matang sudah pasti akan membuat pertimbangan utk menyenaraikan syarikat mereka di Bursa Malaysia. 

“Hal ini kerana ia boleh menaikkan profil mereka dan sekali gus mampu menarik minat pekerja yang berkemahiran untuk bekerja dengan dan juga meningkatkan tahap tadbir urus kerana syarikat tersenarai perlu mengumumkan keputusan kewangan pada setiap suku dan juga laporan tahunan yang beraudit. 

“Selain itu, berkemungkinan juga ada penganalisis ekuiti yang akan membuat liputan penyelidikan terhadap syarikat yang baharu disenaraikan yang sekaligus akan menaikkan profil syarikat tersebut,” katanya. 

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Umi Hamidaton Mohd. Soffian Lee pula berkata, pasaran saham dijangkakan prestasi yang signifikan dan positif pada 2025.

“Hal ini dilihat melalui prestasi pasaran yang meningkat sepanjang tahun lalu.

“Saya juga melihat pelabur yakin untuk melabur didorong pertumbuhan ekonomi Malaysia yang stabil,” katanya. 

Pemangku Ketua Penyelidikan BIMB Securities, Mohd Redza Abdul Rahman dan Ketua Penyelidikan Sekuriti Melaka, Loui Low Ley Yee berkata, Bursa Malaysia mencatatkan lebih separuh daripada IPO di Pasaran Utama dan ACE mengatasi prestasi bila FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), sebanyak 12.9 peratus tahun ke tahun mewakili prestasi IPO terbaik dalam hampir dua dekad, mengatasi semua pasaran saham Asean yang lain.

Katanya, secara keseluruhan, terdapat 55 IPO di Bursa Malaysia pada 2024, termasuk empat di Pasaran LEAP mencatat prestasi terbaik sejak 2005 apabila Bursa Malaysia merekodkan 79 IPO dalam satu tahun, dengan 40 IPO di Pasaran ACE sahaja. – UTUSAN

Related Articles

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan

PROSPEK sektor hartanah terus disokong oleh statistik yang lebih baik termasuk jumlah...

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital
Ekonomi

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital

PETALING JAYA: AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) mengumumkan pelancaran Pembiayaan Peribadi-i...

Ekonomi

Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama...