Wednesday , 19 March 2025
Home Ekonomi Pasaran Karbon Mantap Mampu Tangani Perubahan Iklim – Bursa Malaysia
Ekonomi

Pasaran Karbon Mantap Mampu Tangani Perubahan Iklim – Bursa Malaysia

Pasaran Karbon Mantap Mampu Tangani Perubahan Iklim – Bursa Malaysia

Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Livevartha) –Pasaran karbon yang dirangka dengan baik mampu menawarkan penyelesaian berskala dan sedia ada bagi membantu dunia bertindak secara integriti serta menangani impak perubahan iklim, kata Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Bersandarkan kepentingan itu, beliau berkata kerajaan Malaysia mengumumkan inisiatif Pasaran Karbon Sukarela (VCM) di Malaysia padaBelanjawan 2022 yang disusuli dengan pelancaran Bursa Carbon Exchange (BCX) oleh Bursa Malaysia pada akhir 2022.

"VCM berperanan sebagai instrumen penetapan harga karbon pertama di negara ini bagi memangkin dan menggalakkan lagi usaha berkaitan penyahkarbonan.

“Saya juga percaya dari semasa ke semasa,mekanisme pematuhan karbon perlu diperkenalkan juga di negara ini," katanya ketika berucap pada sesi Forum Pasaran Karbon Malaysia (MCMF) Kedua di sini, hari ini.

Menjelaskan selanjutnya, Abdul Wahid berkata pasaran karbon juga tidak hanya menekankan aspek mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG).

Sebaliknya, skim mantap atau dirangka dengan baik juga dapat memberi keutamaan kepada keterangkuman manfaat bersama yang bersifat kualitatif dan kuantitatif selain faedah tambahan, lazimnya kepada alam sekitar dan komuniti dalam projek berkaitan karbon.

Beliauberkata walaupun pasaran sedia maklum dengan kepentingan pasaran karbon, malangnya bantahan terhadap penggunaan kredit karbon baru-baru ini telah mendorong beberapa syarikat bertanggungjawab bertindak mengelakrisiko reputasi berkaitan dengan sebaran maklumat tidak tepat mengenai manfaat alam sekitar.

“Kami sedia maklum bahawa sepertimana pasaran-pasaran baharu lain, pasaran karbon sukarela ini juga masih dalam proses untuk matang.

“Seiring usaha mencapai sasaran ini, kami menyambut baik sebarang maklum balas secara kolektif untuk menambaik baik integriti dan kualiti pasaran karbon Malaysia,” katanya.

Related Articles

Ekuinas perkukuh keselamatan siber melalui pelaburan dalam Bluesify
Ekonomi

Ekuinas perkukuh keselamatan siber melalui pelaburan dalam Bluesify

EKUINASPETALING JAYA: Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) melabur dalam Bluesify Solutions Sdn. Bhd....

Allianz Bank lanjut program Bantuan Kemanusiaan Banjir 
Ekonomi

Allianz Bank lanjut program Bantuan Kemanusiaan Banjir 

ALLIANCE BANKPETALING JAYA: Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) memperluaskan program Bantuan...

Kempen #RAYASTYLOWITHS70 tawar hadiah hingga RM42,000
Ekonomi

Kempen #RAYASTYLOWITHS70 tawar hadiah hingga RM42,000

TEMPOH pertandingan #RAYASTYLOWITHS70 adalah dari 17 Mac 2025 hingga 18 April 2025.PETALING...

Kempen ‘Electrifying Raya Bonanza’, Matrix Concepts tawar hadiah sehingga RM1j
Ekonomi

Kempen ‘Electrifying Raya Bonanza’, Matrix Concepts tawar hadiah sehingga RM1j

KEMPEN ‘Electrifying Raya Bonanza’ oleh Matrix Concepts menawarkan pembeli rumah penjimatan luar...